Thursday, December 31, 2009

catatan 2010



Lama tidak menulis.

Banyak yang ingin dinukilkan;

Tentang musafir yang hanya sebentar ke Kelantan,

Tentang oncall yang tak sudah-sudah,

Tentang tajuk ceramah yang diberi dalam MAKES CAMP-sekadar utk perkongsian bersama).

Tentang buku pengurusan kewangan bulan ini-buku tentang ilmu faraid yang membawa saya kepada satu kesimpulan yang AMAT besar yang saya ingin kongsikan bersama.

Juga tentang CENCUS ward yang memeningkan..

Juga terutama tentang HIJRAH dan juga IMAN.

Tidak lupa JIWA yang SERONOK dalam posting kini.

TERLALU BANYAK.

Moga Allah izinkan saya berkongsi semua ini suatu masa nanti-esok oncall lagi..

P/S: SubhanaAllah..Solusi isu 15 -yang terbaru sangat menyentuh dan menyentak jiwa tajuknya;-HIJRAH atau KALAH!-terus beli STAT=)

Saturday, December 5, 2009

Setiap saat dan sudut yang berlaku dalam hidup ini merupakan satu jihad!




Esok oncall.

Isnin exam NRP-Neonatal Resuscitation Procedure.

Ada beberapa lesson yang tak abis lagi.

Buku setebal 252 muksasurat buat masa ni baru setakat 154 mukasurat saya baca dalam tempoh satu hari setengah nih.

Alhamdulillah...Moga-moga berjaya menghabiskannya sebelum exam jam 11 pagi Isnin ini dengan sekurang-kurangnya 3 kali imbasan semula segala 9 bab yang saya telah baca..

AMIN...harap-harap begitulah.Still,- i'm trying my best.

Agak kemengantukan-ini yang membuat saya menulis di blog ini sebelum memisahkan roh ini dari jasadnya-TIDUR.Nak sambung beberapa lesson rasanya tidak mampu waktu-waktu begini.Harap-harap pagi-pagi esok saya mampu menghabiskan 2 bab lagi sebelum memulakan oncall keesokan hari.

Moga-moga Allah memudahkan segala urusan.

Amin-perkenankanlah ya Allah..

Alhamdulillah,saya telah berjaya meng'khatam'kan buku syaitan musuh kita-tak kenal maka tak benci yang saya promo dalam blog baru-baru ini.Azam saya nak habiskan bacaan sebuah buku dalam seminggu-alhamdulillah tak sangka sudah 2 buah buku saya khatam minggu ini. Hanya dengan menggunakan sedikit masa 10-15 minit selepas solat (bersama-sama sebuah buku-satu lagi buku berkaitan dengan fiqh/ibadah solat) tak sangka 2 buah buku telah berjaya saya habiskan dalam masa seminggu.


Buat masa ini, penumpuan saya untuk exam hari Isnin ini.I-Allah buku yang sedang menanti untuk saya baca selepas ini-PALESTIN TAK PERNAH GENTAR-fatwa kotemporari dan penyelesaiannya..oleh Dr. Zulkifli al-Bakri dan Ukhti Fatimah Syarha Mohd. Nordin.


Moga Allah memudahkan segala urusan.

Moga esok menjadi lebih baik daripada hari ini.

Sungguh, untuk menjadikan hari demi hari lebih baik dari semalam merupakan satu JIHAD.

Moga kita semua pulang dalam redhaNYA.

Amin.

Thursday, December 3, 2009

tak kenal maka tak benci..



Penulis: Badrul Hisham Shari (Hj.Bad) dan Zakaria Sungib

Harga: 21.90/ 23.90(Sabah/Sarawak)


Melihat pada senarai bahan-bahan rujukannya, buku ini mengandungi fakta, maklumat dan tip-tip dari sumber-sumber yang autentik.

Ini bermakna, fakta-fakta yang dimuatkan adalah ilmiah dan boleh dipertanggungjawabkan.

Salah satu sumber rujukannya adalah tulisan-tulisan Dato’ Dr. Amran Kasimin, seorang penulis yang cukup dikenali dengan tulisannya berkisar tentang alam jin dan syaitan.

Dr. Amran telah menulis kata pengantar untuk buku ini, malah turut menyemak dan mentashihkan isi kandungannya. Melalui buku ini, X-files Iblis dan syaitan habis dibongkar.


Syaitan musuh kita-tak kenal maka tak benci..

Buku ini juga salah satu buku yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu.

Hanya setebal 120 mks ditambah dengan ilustrasi yang menarik, i-Allah mampu untuk meg'khatamkan'nya dalam tempoh seminggu.

Bagi saya, buku ini seharusnya kita miliki kerana sememangnya kita perlu kenal lebih tentang musuh Allah dan Nabi ini.Betapa liciknya dan geliganya syaitan dan iblis laknatullah ini dalam menyesatkan manusia.


"Untuk lawan musuh, kita mesti kenal siapa musuh itu, untuk lawan syaitan kita mesti kenal syaitan"

"Iblis asalnya kuat sangat beribadah.Asalnya adalah malaikat Azazil.

Iblis tak hairan dengan orang yang kuat ibadah.

Kalau dia yang kuat beribadah sampai setaraf dengan malaikat pun boleh sesat, apa lagilah manusia macam kita ni."


Salah satu petikan kata-kata yang membuat saya merenung jauh..

Sunday, November 29, 2009

Sekilas kasih ALLAH pada hambaNYA



Tika Allah cepat memakbulkan doamu,
Itu tanda Dia menyayangimu,

Tika Allah lambat memakbulkan doamu,
Itu tanda ,Dia merancang yang lebih baik bagimu,

Tika Allah tidak memakbulkan doamu,
Itu tanda Dia mengujimu,

Pendirian kita hanya satu,

Pantang berhenti mendambakan
taufik dan hidayah-NYA yang jitu,
Dan pandangan kadih-NYA yang salju..


Semakin manusia nekad dengan matlamat redha Allah dan syurgaNYA, semakin bertimpa-timpa tarbiyah Allah buat pelengkap ciri ahli syurga.Semakin berbondong-bondong ujian daripada-Nya buat anjakan tingkatan kekuatan rohani menempuh ranjau ke Syurga..

-petikan dari buku masjid itu hidupku

Friday, November 27, 2009

oncall sebahagian hidupku..salam aidiladha



Esok saya oncall.Isnin saya oncall.Entah bila oncall lagi.

Baru je habis tagging kena oncall.Esok oncall kedua saya tapi yang pertama kat NICU-Wad rawatan rapi kanak-kanak.Kecut juga..

Mujur dan Alhamdulillah saya memang minat posting ni sejak zaman saya remaja lagi jadi i-Allah mampu kerja dengan sepenuh hati.

Saya beraya seorang diri raya kali ini.Solat raya sendiri. Makan rendang sorang-sorang.Seluruh ahli keluarga saya sudah pun 'selamat' buat korban di kampung arwah nenek sebelah arwah bapa saya kat nun jauh di Sungai Bakap.Ini bukan kali pertama, tapi kali kedua saya begini.Sedih terutama untuk tahun ini.Yelah , dah dua kali sambut sorang-sorang apatah lagi bila mak datang hantar rendang dalam perjalanan bertolak.Rasa nak merajuk pun ada.

Ini post saya yang ketiga untuk hari ni.Menunjukkan betapa 'bersemangatnya' saya.Sebenarnya banyak plan yang saya kena buat malam ni, tapi memandangkan dah agak malam juga (setelah menonton episod terakhir Nur Kasih) jadi saya salurkan semangat ni dalam blog saya yang dah agak bersawang ni..

Tak nak tulis panjang-panjang tapi rasa macam mencurah-curah pula idea nak menulis.

Alhamdulilah, bila makin dan banyak posting ni semangat nak menimba ilmu ni makin membara-bara pula jadinya.Apatah lagi posting saya kali ini majoritinya masyarakat yang berbahasa Mandarin(Sebab tu kot diorang suka makan limau mandarin)..Lagilah membara semangat saya untuk membuat yang lebih baik setiap hari.

Apapun, setakat ini dulu.Perlu tidur awal untuk bangkit awal pada esok hari-Moga dibangunkanNYA.DOAKAN semoga oncall saya selamat dan tak banyak patient dan patient kena intubated pagi-pagi buta macam yang sebelum ni..DOAkan oncall yang tenang..

Sebelum terlupa, minggu depan saya exam-NRP(neonatal resuscitation).Perlu HABISKAN textbook yang agak tebal juga.Doakan segalanya selamat dan moga cemerlang ya.

Amin!

NUR KASIH dan mujahadah cinta


Selesai sudah drama kegemaran ramai dan kegemaran saya kebelakangan ini-Nur kasih..

Banyak pengajaran yang boleh didapati terutama dari watak ADAM yang begitu berkesan sekali yang dibawa oleh Remy Ishak.Juga dari watak Katrina yang dimainkan oleh Sharifah Sofia.Hakikatnya keduanya membawa mesej yang sama.

Adam, bertaubat dari dosa-dosa yang lalu,kembali padaNYA.Tapi tidak semudah itu.Makin ingin mendekatiNya, makin akan diuji.Ujian sejauh mana keikhlasan hati itu.

Adam juga berubah.Berubah dengan hidayahNYA setelah peristiwa buruk menimpa dirinya.Kehilangan anak lelaki, dibuang kerja dan dipenjarakan.Nah,setiap malapetaka tidak bererti kehancuran kepada yang menerimanya bahkan satu RAHMAT dan PETANDA permulaan kepada suatu HIDAYAH.ADAM menjadi ADAM yang baru.

ALLAH tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia tanpa IZINNYA walaupun dalam perkara sebesar ZARAH sekalipun. PASTI ADA SEBABNYA.Bersangka baiklah pada sesuatu musibah kerana SEMESTINYA ada yang lebih baik yang menanti.

ADAM setelah KEMBALI menelusuri jalan yang LURUS DAN BENAR tidak beerti dia sudah BERJAYA di situ.KEMBALI bererti PERMULAAN kepada segala-galanya.PERMULAAN kepada sebuah MUJAHADAH.MUJAHADAH yang panjang.suatu MUJAHADAH CINTA.CINTA ILAHI.

Inilah TAUBAT yang sebenar.TAUBAT DENGAN BUKTI dan berterusan tanpa BERPATAH balik ke belakang.PANTANG SEKALI.


HIDAYAH milik ALLAH dan IMAN tidak boleh diwarisi dari sebuah pertalian keluarga ataupun melalui PERKHAWINAN.Adam berubah melalui NUR ALLAH bukan melalui Nur Amina.Hidayah itulah membawa Adam kembali menjadi suami Nur Amina yang sebenar. Hati yang digerakkan dengan Nur Ilahi membawa kepada rasa KHAUF yang amat-rasa takutkan Allah dan penyesalan pada dosa-dosa.Menjadikan rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba.

Katrina, siapa sangka dia akan pergi kembali pada TUHANYA dalam keadaan yang mulia?
Waktu Subuh, dalam keadaan sujud.

Nah, bukti..siapa yang dapat menjamin bentuk kematian dan saat akhir hidup seseorang?

Langit itu tidak akan terus mendung malah tiba-tiba
sinaran pelangi yang indah datang menghiasi..

Seandainya kita diatas jangan mudah leka dan lupa barangkali suatu hari mungkin kita di bawah.Iman ini mampu berbolak-balik di antara dua jari.
Tidak menghairankan ahli ibadah menjadi ahli neraka (saat akhirnya melakukan maksiat) dan tidak mustahil ahli neraka menjadi ahli syurga (saat akhirnya bertaubat).Jadi, siapa kita untuk menilai insan?Nilailah iman sendiri..

Mohon Allah tetapkan kita dalam petunjukNYA dan kembali kepadaNYA dengan penuh KEMENANGAN.

Drama ini sangat banyak pengajarannya. Masih banyak yang boleh kita koreksi dan muhasabah. Inilah cerita yang saya maksudkan. Membawa penonton kepada suatu nilai moral dan mempunyai kesan di hati.
Mampu membuatkan penonton berfikir.



Tahniah TV3 kerana berjaya menyaingi drama Islamik keluaran INDONESIA!

buku minggu ini-masjid itu hidupku




Pengarang :
Ustaz Mohd Gunawan Che Ab Aziz

Terbitan :
Telaga Biru Sdn. Bhd.

Harga :
RM 19.90 (Semenanjung) /
RM 21.90 (Sabah & Sarawak)


"Apabila saf-saf di masjid dipenuhi orang tua, itu pemandangan yang sangat biasa tetapi apabila masjid mula terisi dengan saf-saf pemuda, itu tandanya syiar Islam kian mekar dan berakar"

Seorang kekasih akan berasa begitu teruja apabila dipuji kekasihnya.
Seorang rakyat akan berasa bertuah apabila dimuliakan rajanya.
Dalam buku ini digambarkan, bagaimana hamba-hamba Allah yang sentiasa memakmurkan masjid-masjid dipuji-puji dan dimuliakan oleh Allah sendiri,Zat Sang Maha Pencipta yang Wajid Wujud lagi Maha Esa.Adakah di sana sebarang kemegahan dan kemuliaan lain yang dapat menandingi kemegahan dan kemuliaan ini?

Sesungguhnya, masjid ialah sumber kemuliaanku yang hakiki!
Masjid itu hidupku.



Buku ini antara buku yang saya beli ketika PESTA BUKU ANTARABANGSA yang lalu..Baru kali ini berkesempatan membacanya setelah Farhan, adik lelaki saya habis cuti semester baru-baru ini.Kebanyakan buku yang saya beli ketika pesta buku tersebut saya bagi adik saya baca dahulu memandangkan buku-buku yang yang saya beli sebelum ini masih banyak yang belum dibaca.

Alhamdulillah..Allah mengizinkan saya membacanya.

Buku in SANGAT BAGUS SEKALI penyampaiannya dan isinya terutama pada permulaan bab satu buku ini yang menjentik keinginan saya untuk menjejakkan kaki ke i masjid Nabawi.Terasa kerinduan pada zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat memakmurkan masjid dalam menyampainkan jihad dan menyebarkan ilmu.MAHA SUCI ALLAH.

Isi kandungan cukup MENARIK ditambah dengan sketsa dan kata-kata yang cukup memotivasikan bahkan menginsafkan.

Sangat-sangat digalakkan untuk membacanya terutamanya bagi kaum ADAM.

Apalagi, jom hayati buku ini bersama!

Wednesday, November 25, 2009

perjuangan yang panjang..




lama tidak menulis..

saya baru habis taggging di jabatan baru-pediatrik-posting kanak-kanak.

tagging selama 2 minggu berturut-turut kemudian oncall.

banyak, terasa banyak sangat ingin dinukilkan.Tapi kemampuan saya agak terbatas.

cukuplah saya hanya mampu katakan, setiap hari serasanya saya seperti di dalam medan peperangan.

Jihad.

Berperang dengan diri sendiri.

Menguji kesabaran.

Namun,

terasa NIKMATNYA walaupun payah..

-----

Saturday, October 31, 2009

kemahiran mengurus wang dengan bijak-perkara yang sering diabaikan..








"Ya Allah, aku berlindung dariMu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dariMU dari cengkaman hutang dan penindasan orang"



Lama sudah saya tidak mencatat.






Semalam saya baru berurusan di bank-menyimpan dan meyemak baki simpanan yang ada-dan meninjau mana -mana sistem perlaburan yang sesuai untuk saya di masa hadapan.





Terasa bersemangat pula untuk menulis tentang topik ini-yang sememangnya menjadi minat saya sejak saya mula mendengar di IKIM tentang ulasan buku " Hidup tenang tanpa hutang" suatu ketika dahulu sewaktu saya di akhir tahun pengajian di universiti.







Semenjak itu, sebelum mula bekerja saya telah mula membaca buku tentang kaedah mengurus kewangan dan bertambah berminat setelah membaca buku tentang dinar emas dan dinar perak.Sejak itu, hampir saban bulan saya akan membeli buku-buku kewangan dan berkaitan dengannya.





Semua ini saya lakukan bermulanya kerana kesan pengaruh kuliah dan tazkirah tok guru Nik Aziz Nik Mat yang sering saya ikuti semasa belajar di kubang kerian dahulu.Kebanyakan isi kuliah tok guru kepada rakyatnya adalah perkara yang saya rasa sama asasnya-"jaga perut, jaga hati".Tok guru amat mementingkan halalnya pendapatan yang kita perolehi yang mana dari perut ini mampu meberi kesan pada hati.Dari situlah lahirnya nilai insani dan akhlak yang mulia. Suatu pengajaran bermakna yang saya perolehi.






Walau teorinya amat mudah, tapi sememangnya amat sukar untuk dihayati.Memerlukan mujahadah yang panjang dan berterusan..





.............................................................................






Berapa ramai yang tidak 'sedar'?








Sengaja saya menulis topik ini kali kerana merasakan agak kekurangan kesedaran di kalangan kita akan kepentingan terutama umat manusia yang beragama Islam ini.






Buktinya?






Berapa ramai yang mempunyai takaful perlindungan hayat ?






Begitu juga dengan simpanan kewangan kecemasan ( sekurangnya 6x gaji bulanan) dan juga akaun perlaburan untuk masa depan?Cukupkah hanya sekadar bergantung kepada KWSP untuk simpanan masa tua?





Bagaimana pula dengan penulisan wasiat yang sememangnya sangat kurang di kalangan kita yang melakukannya.Ianya sunnah..malah Nabi sentiasa memperbaharui wasiatnya..





....................................................


Kereta Oh Kereta





Bagi adik-adik yang akan dan sedang baru memulakan alam pekerjaan -yang akan mula 'merasai duit sendiri' dan akan mula dipersoalkan tentang harta yang dipergunakan, berikut adalah beberapa tips yang boleh saya berikan..




Saya perhatikan ramai di kalangan rakan sekerja yang tergesa-gesa membeli kereta apabila mula bekerja.Bukan sebarangan kereta-paling kurang toyota Vios hinggalah ke Hinda City dan Civic.Bagi saya, bagi yang sudah mempunyai kereta-kereta lama atau kepunyaan keluarga yang tidak digunakan baik tangguh-tangguhkan dahulu niat untuk membeli kereta mewah atau yang diidami.Kumpulkan dahulu wang pendahuluan yang banyak untuk lebih menjimatkan di masa hadapan. Paling penting, biar sekiranya perlu untuk membayar secara bulanan nanti hanya untuk selama tempoh yang paling minimum. Tips pertama yang saya belajar dari IKIM dahulu-mulakan asingkan duit kereta seolah-olah kita telah membeli kereta tersebut sehingga tempoh tertentu sehingga sudah mempunyai deposit yang sangat besar untuk membeli kereta terbabit.Walaupun lambat, tapi cukup bijak dan menjimatkan.


Bagi yang memerlukan kereta dalam masa terdekat, jangan tergesa-gesa membeli yang mahal dahulu.Beli yang termurah, bayaran deposit termahal dan kadar tempoh bayaran yang paling minimun.Pada masa yang sama, simpanlah lebihan wang yang ada untuk kereta yang diidamkan kelak.Misalannya, sekiranya anda ingin membeli Toyota Vios yang mana telah disemak bayarannya RM1500 sebulan untuk tempoh yang paling minimum, maka anda simpanlah sebagaimana seolah-olah telah membeli kereta terbabit pada awalnya sehingga tempoh minimum kereta yang anda beli kini langsai. Mungkin kereta sekarang berharga RM500 bulanan, maka simpanlah lebihan dari RM1500 tersebut iaitu RM 1000.Apabila telah sampai tempoh masanya, anda akan dapati deposit anda untuk membeli Toyota Vios terbabit agak besar dan pada masa yang sama kereta 'kecil' yang anda miliki telah langsai pembayarannya. Percayalah, anda akan lebih untung dengan kaedah ini berbnading jika anda memilih untuk membeli kereta besar dahulu yang kebiasaanya selalu dibuat dengan deposit yang rendah dan tempoh bayaran paling maksimum.

Bagaimanapun, saya menasihatkan agar meneliti nilai keperluan berbanding kehendak sebelum membuat pemilihan jenis kereta yang akan dibeli.Serta kemampuan diri.Pertimbangkan juga perkara-perkara lain yang lebih mustahak.Pastikan nilai bayaran kereta tidak melebihi 20%
dari nilai gaji bulanan anda.

Saya sendiri telah meletakkan ciri-ciri kereta yang akan saya miliki;


-telah sekurang-kurangnya 5 tahun keluar di pasaran(kurang harga..insurans lebih murah)



-sejenis mpv



-berkualiti tinggi, masih tinggi harganya walau dijual semula



-tidak kisah sekiranya second hand asalkan nilai komersialnya masih tinggi.






Sebolehnya, saya ingin membeli secara tunai kereta terbabit tanpa melibatkan sebarang unsur riba..Sekiranya tidak pun, seberapa banyak tunai yang boleh saya bayar sebelum memiliki kereta terbabit.







Kad kredit?

Saya telah mengkaji tentang kad kredit..kesimpulan yang saya dapat-sehingga kini saya tidak menggunakan kad kredit. Sememangnya penggunaan kad kredit perlu dielakkan.Ini kerana, sekiranya ada lebihan kredit dalam kad, kadar faedah yang dikenakan agak tinggi. Secara tidak langsung risiko ke arah riba amat tinggi.Malahan ianya boleh menggalakkan kepada perbelanjaan tanpa dirancang tanpa disedari.Jadi, Sekiranya perlu dan rasa lebih selamat untuk membawa wang tunai yang besar, kad debit adalah yang paling sesuai..









Disamping itu, saya juga sangat mencadangkan membaca buku-buku tentang pengurusan kewangan.Antara, Rancang Wang, Hidup tenang tanpa hutang dsbnya.Di dalamnya ada menjelaskan dengan lebih terperinci konsep dan kaedah kad kredit-di mana untung dan juga ruginya. I-Allah kita akan lebih faham...












Takaful juga penting..


Sememangnya perkara yang tidak harus dilupai oleh kita semua adalah takaful perlindungan.

Perkara pertama, pastikan ianya benar-benar takaful dan bukannya insurans konvensional. Ianya penting untuk memastikan polisi yang kita ambil bertepatan mengikut syariah sepertimana yang syariatkan.



Jangan terlalu tergesa-gesa, tapi jangan terlalu lambat. Sebolehnya dalam 3 bulan pertama bekerja kita telah memilikiny.Semak polisi yang ingin dibeli dan pastikan ejen tersebut orang yang kita kenali.Sebolehnya carilah ejen yang muslim.









Jangan lupa zakatnya...



Perkara penting yang tidak harus kita lupa.Dapatkan borang zakat daripada bendahari tempat kita bekerja-tempat di mana setiap bulan kita mendapatkan slip gaji. Seawalnya pada tempoh masa kita melaporkan diri kelak.Jadi, sekurangnya pada bulan kedua mendapat gaji zakat pendapatan telah mula ditolak dari gaji kita.Jadi kita tidak perlu susah-susah untuk ke pusat zakat bagi menunaikan zakat. Yang pastinya, cukai pendapatan akan mula dikecualikan setelah kita mula menolak zakat harta ini.





Pastikan ada simpanannya..

Jangan lupa tentang simpanan.Saya yakin , untuk adik-adik ho insyaAllah sekurangnya RM500 sebulan boleh disimpan dalam bank (tidak termasuk claim oncall).Ada sahabat saya seorang pegawai pergigian telah menyimpan sekurangnya RM1000 didalam bank setiap bulan sehingga kini wang simpanannya telah mencecah RM20k.Sahabat saya ni bujang lagilah buat masa ni. Jadi bila dah sampai seru. tiada masalah untuk beliau mendirikan rumahtangga.Apatah lagi beliau di pihak muslimat.Rancangannya selain untuk perkhawinan, lebihan simpanan akan digunkan untuk pergi ke umrah bersama suaminya kelak.I-syaAllah bulan 12 ni sahabat baik saya ini akan mendirikan rumahtangganya.Alhamdulillah..Tidak perlu berhutang, malah berkat lagi dirahmati.Apatah lagi sahabat saya sangat-sangat menjaga dari segi pergaulan dan peribadi.

Ada teori yang mengatakan 60:40 atau 70:30 ..maknanya 60% -70%perbelanjaan dan 30%-40% selebihnya untuk simpanannya(perbelanjaan yang tidak boleh digunakan termasuklah takaful, akaun perlaburan, akaun tabungan simpanan kecemasan)Pastinya, sekurang-kurangnya 10% dapat disimpan untuk simpanan masa tua kelak.

Pada masa yang sama, perbelanjaan berhemat juga sangat penting bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi keperluan. Kurangkan makan di luar, menonton wayang dan perkara yang sewaktu dengannya yang mungkin tidak perlu dan membazir.

Paling saya nasihatkan, dapatkanlah khidmat nasihat pakar perunding kewangan Islam yang bertauliah sebelum atau pada awal anda memulakan kerja.I-Allah anda tidak akan merasa rugi.

Jangan lupa wasiat!

Perkara terakhir, jangan lupa menulis wasiat.Hanya sekadar RM350 sekiranya kita menggunakan khidmat bank Islam.Malahan tidak perlu sebarang bayaran sekiranya kita membuat sebarang pembaharuan atau pengubahsuaian terhadap wasiat tersebut.RM350 untuk seumur hidup.Mungkin kebanyakan kita beralasan tidak mempunyai harta yang banyak atau tiada harta langsung..tetapi fikirkanlah..sekurangnya kita mempunyai takaful.Tidak terfikirkah bagaimana wang tersebut akan digunakan kelak apabila kita telah meninggal nanti? Pada saya, perkara paling mustahak dalam urusan wasiat ini adalah untuk memastikan segala hutang piutang yang masih ada dapat dilangsaikan dan mungkin dengan lebihan harta yang ada dapat diwakafkan untuk manfaat di akhirat kelak.

Kesimpulan...

Kenapa saya menulis ini semua?

Pertamanya, kerana kurangnya KESEDARAN dan ILMU di kalangan kita yang beragama Islam ini apatah lagi di kalangan para pendukung perjuangan sekalian.

Ekonomi juga perlu berada di tangan kita. Tapi bagaimana kita ingin menguasai ekonomi dunia sedangkan kita sendiri tidak menguasai wang yang berada di tangan kita.

Jika perhatikan pada yang bukan beragaman Islam, lihatlah begitu teliti mereka merancang hidup anak-anak mereka seusai dari bayi lagi. Bagaimana walau hanya sebagai penjual sayur mampu menghantar anak-anak mereka belajar dengan jayanya di luar negara waima kita sendiri untuk membayar hutang pengajian pun sudah agak semput.


Lihatlah bagaimana Israel dan Yahudi menguasai sistem ekonomi dunia dengan ciptaan sistem kewangan wang kertas milik mereka? Berapa ramai yang tahu nilai sebenar mata wang yang dinilai dalam Islam dan ciri-cirinya yang dikehendaki oleh Allah?Saya kira ramai yang masih tidak tahu bahawa sistem nilai wang kertas yang kita gunakan sekarang adalah tidak sah nilainya dalam agama ini.


Jadi, sampai bila?

Selain itu, sebolehnya kita hindarkan dari hutang. Manusia yang paling kaya adalah manusia yang bebas dari hutang. Dengan perancangan wang yang berhikmah, i-Allah hutang dapat dielakkan seboleh mungkin.


Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah dan membaiki diri.



Moga pulang dengan keredhaanNYA..

Saturday, October 24, 2009

hanya sekadar ini..(buat masa ini)



Masih belum mampu menulis apa yang ingin saya tuliskan..




Mungkin bila berada di rumah, mood bersama keluarga lebih dirasai.




Rasa 'cemburu' dengan blogger-blogger yang lain dengan tulisan-tulisan terbaru mereka.




Malam ini saya dalam usaha menyiapkan topik CME untuk presentation minggu depan.-Management of open fracture.Sekiranya sempat, i-Allah saya akan menulis di blog untuk cerita motivasi saya yang tertunda dahulu.




CME yang agak 'menggerunkan' juga..kebiasaan di jabatan lain hanya seorang pakar yang akan menjadi supervisor kami.Tetapi di jabatan ortopedik ini bukan sahaja seorang pakar tetapi semua pakar yang ada termasuk ketua jabatan kami. MO-mo kami juga akan turut serta.Tentunya sesi Q&A (sesi soal jawab) yang paling 'terseksa'. Pertanyaan kebiasaan hingga ke peringkat master level.How to cut and everyhing.Saya pula kurang berminat dalam bidang ini yang kebiasaannya dikuasai oleh kaum lelaki.




InsyaAllah, minggu depan minggu terakhir saya di jabatan Ortopedik.Seterusnya ke posting kelima saya-Pediatrik(kanak-kanak), i-Allah.Alhamdulillah, posting sub bahagian pembedahan-orthopedik, surgery dan obstestric and gynaecology saya sudah lalui.Kini, tinggal lagi 2 sub bahagian perubatan yang perlu dilalui-peadiatric dan A&E(Accident and Emergency. atau nama barunya Emergency and Trauma).Harapnya ianya akan menjadi posting menarik dan saya sukai seperti mana saya lalui ketika berada di posting medical dahulu.




Agak teruja untuk meninggalkan orthopedics tetapi pada masa yang sahaja terasa juga apabila mengenangkan Mr.Lim -pakar kami dan supervisor kami yang amat profesional.




Apapun, moga posting akan datang menjadikan saya seorang doktor muslim yang lebih baik dan amanah dalam menjalankan tugas.




Amin.










Friday, October 23, 2009

dalam kelelahan..sekadar catatan ringkas



sudah lama tidak menulis..




penat?




sibuk ke?




tidak juga.




-hanya masalah teknikal banyak membantutkan penulisan.




...................................




Apa yang ingin saya nukilkan?




Entahlah.




Kadang menulis bak air sungai yang mengalir..laju dan mudah.Begitu banyak idea yang keluar mencurah-curah.Ibarat paip air yang bocor.Tidak terkawal pengeluaran airnya membanjiri kawasan sekitar. Kadang tersekat-otak dan hati ini 'jam' seketika.Bergerak perlahan akibat kesesakan 'lalu lintas' antara neuron-neuron yang bersinaps di hujung saraf.Mungkin juga masalah neurotranmiter.Kekurangan acetylcholine.




Atau mungkin juga saya menulis mengikut mood.Tindakan refleks terus ke otak tanpa melalui saraf tunjang. Dan terhasillah impuls dan kontaksi pada otot tangan yang menghasilan penulisan.'Siapa'kah yang mengarahkan ini semua?




Hati.




Hati siapakah itu dan milik siapakah si empunya hati?




Allah.




Hanya DIA lah yang memiliki segala sesuatu.




Hanya DIA yang mengerakkan segala sesuatu.




DAN,




Dialah yang mengerakkan hati ini untuk terus menulis..








Friday, September 25, 2009

catatan 26 September 2009-(2)



-Buku sheikh ahamd yassin bapa intifadah by maszlee malik-

Catatan kedua hari ini

Alhamdulillah..

Sejujurnya saya ingin menulis satu kisah motivasi -dedikasi untuk pesakit-pesakit saya selama saya berada di jabatan ortopedik..semalam sebolehnya saya mencuba tapi mungkin setelah bekerja beterusan lebih 24 jam-oncall otak saya agak keletihan untuk menulis walaupun telah berjaya menghabiskan sebuah buku hanya sekadar 128 mks yang bermakna..

I-Allah doakan umur ini Allah panjangkan agar saya berkesempatan menulis tentangnya..namun komitmen agak terbatas ketika ini walau 'rasa' itu begitu membuak-buak sekali..

Berikut di atas adalah buku-buku yang saya cadangkan untuk para pembaca sekalian.

Sebagai motivasi dan juga PENGETAHUAN-yang saya kira ramai yang tidak TAHU apatah lagi MEMAHAMI penderitaan rakyat Palestin.Jauh sekali MERASAI sebahagian darinya.

Mungkin 3 buku ini sudah cukup sebagai permulaan dan mampu memberi kefahaman untuk tidak membeli barangan ISRAEL.

catatan 26 September 2009

-my sis bee (kiri) and kawan2.


Hari ini kakak saya, b or bee atau nama panjangnya Rabiaahtuluuduyah ini akan pulang ke pangkuan keluarganya setelah 3 tahun merantau ke negara matahari terbit-Jepun.

Alhamdulillah she already completed her master there.

I-Allah kami sekeluarga akan menyambutnya di lapangan terbang KLIA petang ni dengan disusuli kenduri doa selamat tengahhari esok.

Jemputlah ke rumah.
...........................................................................

Wednesday, September 2, 2009

Nasihat untuk DIRIKU dan dirimu-baikilah HATI..



Alhamdulilah.hari ini LEBIH BAIK dari semalam dan semoga ESOK akan lebih baik dari hari ini-Ameen..

Hari ini saya ter kenang berbuka sewaktu alam belajar dahulu di surau USM KK dulu-kami menyediakan makanan, berkongsi makan talam dan membasuh pinggan mangkuk bersama-sama-sesuatu yang AMAT dirindui...

Tapi kini, saya berbuka di masjid negeri-seorang diri(adalah juga bersama-sama makcik2 'rakan masjid' yang lain..maksudnya tanpa kawan2 serumah seperti tahun lepas..Dayah, Azie dan Sabariah.

Kesemua mereka telah 'berlepas' ke tempat kerja masing2 -dayah di k.pilah, sab di palong, azie di kelantan.

Banyak sangat kenangan bersama. Saya yang paling jarang join mereka berbuka di masjid-sebab oncall dan sebagainya.(Alhamdulillah, posting saya di bulan ini di klinik sahaja jadi tidak sibuk sangat melainkan oncall.Ada sahabat2yang oncall berbuka 'penuh' JAM 4 PAGI-kira BERBUKA dan SAHUR SEKALI.Itupun masa berbuka pun masih dapat panggilan dari wad.Alhamdulilah Ramadahan saya waktu ketika posting-posting yang tidak berapa sibuk kecuali kalau oncall 'JOANNA' memang rasa teruk juga..)

10 malam terakhir kami bangun awal bersahur di masjid bersama-sama.Memang seronok dan TENANG. Kenangan yang tidak dapat dilupakan..

Tak sangka sudah setahun berlalu.Cuma tinggal saya sahaja di sini-meneruskan 'sisa-sia' housemanship yang ada-mudah-mudahan tamat seperti waktunya.ameen..

Sungguh, saya merasakan diri saya teramat lemah berbanding tahun lepas walaupun posting-posting yang saya tempuhi adalah posting-posting yang mencabar-SURGICAL, O&G dan MEDICAL.Tidak terasa tertekan sangat kerana ada sahabat-sahabat di sisi. Semua jadi mudah. Alhamdulillah.

Kini, bila saya lalui kehidupan di asrama keseorangan-saya mulai sedar akan KEPENTINGAN untuk sentiasa berada dalam JEMAAH. Sangat-sangat membantu. Terutama amalan ZIARAH sahabat-sahabat dan juga USRAH-yang sudah agak lama saya tertinggal..

Kelaziman membaca QURAN juga merupakan kunci KEKUATAN HATI.

Semua perkara merupakan antara perkata yang perlu MUJAHADAH dalam melakukannya terutama sewaktu alam housemanship. Tanpanya, kita akan 'mati' sedikit demi sedkit. Carilah jalan bagi setiap alasan.

Sungguh, nasihat ini untuk diri TERUTAMAnya..

Moga RAMADHAN ini menjadi permulaan yang baik untuk menjadi hamba yang lebih baik. Jadikan ianya suatu medan permulaan untuk BERUBAH dan BERHUJRAH dalam memperbaiki IBADAH dan HUBUNGAN dengan Allah.

Baikilah hati-kerana ianya permulaan segala-galanya...

Friday, August 28, 2009

15malaysia

Saya tertarik untuk menonton 15 filem pendek dalam 15Malaysia-www.15malaysia.com



kerana ianya



pendek..



jujur..



menyentuh perasaan..samada sedih, kelakar atau kadang2 perasaan sukar untuk digambarkan



ada nilai moral..



mengajak penonton berfikir..



bermutu tinggi..



bukan sekadar untuk mengisi masa lapang semata-mata..



ada juga nilai dakwah..terutama dalam the tree-yang menampilkan tok guru nik aziz.





semua ini kriteria kebiasaan yang selalunya menyebabkan saya tertarik untuk menonton filem atau membaca sesuatu novel.Yang mampu membuat saya memikirkan moral valuenya walau sudah beberapa lama sudah saya membacanya/menontonnya.




Sehingga kini saya masih ingat satu novel yang sangat tinggi nilai penyampaian moralnya-generasi yang hilang tajuknya tapi saya agak-agak lupa penulisnya sebab novel tersebut saya baca bebelas tahun yang lepas!


Berbalik tentang 15malaysia..




15 malaysia bukanlah seperti filem Malaysia yang kebiasaannya mengutamakan keuntungan dari karya yang dihasilkan.Malahan ianya percuma untuk rakyat Malaysia malahan satu dunia untuk menontonnya,PERCUMA.




Isu-isu yang dikupasnya sangat menarik dan REALITI malahan berani..seperti Slovak Sling yang memilih isu rasuah,lompat parti, masalah sosial pemimpin dalam parti-parti politik.


Malahan yang menariknya, tuan guru nik aziz nik mat juga turut serta dalam satu filem pendek yang dihasilkan-The Tree.



Walaupun The Tree sangat ringkas dan lebih kepada berbentuk tazkirah tetapi ianya tetap menarik kerana isi penyampaian tok guru yang kebiasaan menusuk kalbu.



Sememangnya untuk menghasilkan karya yang bermutu bukanlah bergantung pada gahnya nama tajuknya atau populariti produser atau pelakon tetapi pada mutu karya itu sendiri yang biasanya lahir dari hati yang ikhlas untuk menyampaikan sesuatu pada yang menontonnya, yang mampu membuat penonton berfikir..



Jauh di sudut hati, saya berharap akan lahir suatu hari nanti karya-karya dakwah islamik yang berbentuk begini-yang mampu 'mengusik 'hati.

Tuesday, August 25, 2009

dah berapa juz dah ari nih?


ramadhan pertama

"Nt, dah berapa juzuk dah ari nih?"

"Baru nak masuk 5 juzuk, nak kena rushing nak cover masa cuti nanti"


ramadhan keempat

"Nt, berapa juzuk dah ari ni?"

"Nak compete dengan sahabat ana, dah masuk 10 juzuk dah.Ana baru nak masuk 8 juzuk"

Inilah jawapan sahabat saya. Saya hanya mampu bertanyakan, kadang-kadang sahabat yang bertanya pula.Tahun ni rasa semangat sangat pula ingin khatamkan Quran.


Saya mohon Allah kuatkan saya dan moga tidak putus asa dalam mencari rahmat dan kasih sayangNYA..

Sungguh, sukar sebenarnya mujahadah itu terutama bila kita dalam keadaan yang amat-amat tersempit.Hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Kuatlah hati.Sesungguhnya hanya pada Allahlah segala kekuatan itu.

Monday, August 24, 2009

welcome back sis..we all are waiting for you



She looks younger than me , right?-my sis perasan la tur..hu2.


Inilah kakak saya, Rabiaahtuluuduyah Nordin-memang payah ejaan namanya, saya pun kadang-kadang tak pasti betul ke tak.Sampai orang bank kena telefon ke Jepun untuk pastikan ejaan namanya..


Tapi panggilannya di kalangan kawan-kawan B aje...Saya dan adik-beradik yang lain memanggilnya Biah.


Saya dan keluarga amat merindukan beliau.


Doa semoga beliau berjaya dan selamat pulang.


Amin Ya Allah.


Sebenarnya banyak untuk diceritakan tentang kakak saya ini, yang mungkin dapat kita pelajari sesuatu darinya. Tapi, mungkin masanya belum sesuai lagi buat masa ini.


Kakak saya ini anak ketiga dalam keluarga tetapi banyak bertindak sebagai yang sulung.


Selain saya, Kak Biah juga rapat dengan ayah. Antara anak kesayangan Ayah.


Hanya Kak Biah tidak dapat menatap wajah ayah selepas ayah meninggal dunia.Tiada tiket penerbangan untuk ke Malaysia untuk waktu sebelum ayah dikebumikan ketika itu. Saya hanya mampu mengucup dahi ayah untuknya dan dia hanya dappat menatap wajah ayah melalui webcam ketika itu. Sungguh, saya masih ingat waktu itu..lebih kurang setahun yang lalu.


Kini, kami berpuasa tanpa ayah disisi dan bakal menyambut raya tahun ini tanpa ayah sekali lagi.Sungguh, saya merasakan AMAT kekurangan.Setiap kali ke masjid, pasti saya akan ingat kenangan bersama ayah. Ayah dengan saya memang selalu bersama ke masjid dan surau. Kadang-kadang saya akan kejutkan ayah untuk bangun solat subuh berjemaah di surau.Kadang-kadang ayah pula yang akan mengejutkan saya..

Paling tidak dilupa, ayah akan kejutkan saya bangun malam ketika saya belajar di universiti. Terutama ketika menjelang peperiksaan. Saya pun tidak lupa untuk menelefon memohon doa dan restu dari ayah.Dan malam 23 April merupakan kali terakhir saya berbuat demikian, sehari sebelum menjelang hari pertama peperiksaan akhir saya ketika itu. Lemah sungguh bunyi ayah di corong telefon.Tapi ayah tak pernah putus mengatakan dia sentiasa mendoakan saya dan terus memberikan kata-kata positif buat diri saya.Itulah kekuatan buat saya untuk kembali semula ke universiti setelah ayah dikebumikan.Ayah kembali padaNYA pada 24 April 2008, pada hari pertama peperiksaan terakhir saya di universiti...

Kini, saat saya memandu keseorangan ke masjid pasti ayah di ingatan. Teringat saat bersama dengan ayah dahulu. Rindu..

Sungguh, saya sangat-sangat rindukan ayah ketika ini.


Ayah banyak berkorban buat saya dan kami sekeluarga. Ayah telah membuat saya menghormati SETIAP insan yang bernama AYAH..


Sungguh, saya merasakan SEBAHAGIAN DALAM DIRI saya telah hilang bersama ayah.

Maaf kerana catatan ini berbentuk peribadi.


Hanya yang pernah merasai yang akan memahaminya,
Betapa pedihnya bila kehilangan orang yang tersayang...




Saturday, August 22, 2009

Sekadar catatan biasa

Saya bercuti sejak bermulanya malam 1 Ramadhan.

Alhamdulilah, berkat kedatangan Ramadhan menjadikan cuti kali ini AMAT bermakna buat saya-walau sekejap.

Moga ianya menjadikan permulaan yang baik untuk menjadi hamba yang lebih baik.

I-Allah saya akan cuba untuk menyiapkan artikel untuk disumbangkan dalam buku Kisah-kisah peribadi perubatan/kesihatan sebagai medium dakwah yang akan diterbitkan oleh PAPISMA(Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia).Saya kira buku tersebut masih belum ada tajuk yang khusus lagi.

Jujurnya, saya tidak tahu apa yang akan saya tulis.Sememangnya saya amat kurang berpengalaman.Hanya baru setahun bekerja,tiada apa yang mampu saya kongsikan melainkan apa yang mampu. Mungkin sekadar satu artikel yang saya ada ketika ini.

Buat masa ini saya hanya mampu edit dan tambah sedikit isi yang perlu pada artikel yang sedia ada. Untuk artikel kedua, saya masih kebuntuan idea dan pengalaman.

Buletin Nisa' pun saya masih belum dapat selesaikan sepenuhnya lagi.

Doakanlah saya.

Moga cuti ini bermanfaat sepenuhnya.

Banyak yang ingin saya lakukan..

Memulakan semula memasak resepi-resepi yang dah LAMA sangat saya tinggalkan-betul-betul tiada mood untuk memasak malah sudah mula lupa cara memasak!

Merancang semula perancangan masa depan saya-lebih kepada 'update' kan semua perancangan dan target saya. Dan juga segala perbelanjaan kewangan yang perlu saya baiki semula. Esok saya perlu ke bank untuk memindahkan wang yang ada ke dalam akaun lain yang lebih 'selamat'-selamat untuk tidak digunakan!

Dan tidak lupa untuk ayah tercinta-satu-satunya lelaki yang amat-amat saya sayangi.-membersihkan kuburnya.Tempat ayah bersemadi adalah salah satu tempat AMAT menyenangkan saya.Suasananya cukup indah dari tempat kubur ayah saya. Sangat cantik dan menenangkan pemandangan bukit yang nyaman dan kebun sayur yang menghijau.

Tidak kurang juga untuk menulis di blog ini. Sekurangnya memikirkan isi tajuk-tajuk penulisan yang akan saya tulis.Banyak yang ingin saya sampaikan , tapi tidak tertulis.Itu masalahnya.Doakan saya mampu menjadikan penulisan saya di blog ini sebagai medium dakwah dan penyampaian bagi mereka yang membacanya..


Paling-paling penting ketika ini...;

Perancangan mengaji dan khatam quran saya serta jadual untuk Ramadhan kali ini. Doakanlah saya. Moga Allah memberi saya kekuatan untuk menyelesaikan sekurangnya satu juzuk sehari. Saya mengaji dengan mengeja setiap huruf-huruf kemudian baru saya baca ayat-ayatnya.Doakanlah saya moga saya istiqamah.

Ameen.

Bertemu Ramadhan bukti Allah masih sayang




Ramadhan datang lagi..


Allah telah memakbulkan doa saya ..


Dia telah mengurniakan saya ketenangan pada malam 1 Ramadhan..


Tenang yang tenang setenangnya- yang LAMA dulu yang pernah saya rasai, telah lama saya RINDUI akan perasaan ini.Malah AMAT terseksa tanpanya.


MALAM 1 RAMADHAN


Saya mohon padaNYA kekuatan.


Saat ini sungguh saya merasakan diri amat keseorangan, tidak tahu ke mana harus saya tujui dan siapa untuk saya mengadu.


Sudah puas saya mencari jalan dan tempat untuk mendapat kekuatan.


Membaiki jiwa yang lemah.


Menghampirkan diri padaNYA.


Menenangkan hati yang makin gelisah.


Dan Allah telah mengurniakan rasa tenang itu pada ketika itu-setelah lama saya mendambakanNYA..

Harapan PadaNYA



Ya Allah , Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.



Ya Allah, jadikanlah al-Quran di hati kami.



Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran.



Ya Allah, jadikan kami orang yang sabar dan tetap dalam menunaikan solat.



Kuatkanlah jiwa kami.



Tabahkanlah hati kami.



Berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk menjalankan perintahMU dan mejauhi segala laranganMU.



Jauhilah kami dari segala perkara yang Engkau murkai.



Matikanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai.





Amin Ya Allah.

Thursday, August 13, 2009

usrah yang dirindu





*thanks to kak wani for the pictures-nurmutiara.blogspot.com
-Ada masa i-Allah saya akan menulis.Pagi tadi entah kenapa laptop bermasalah, tidak dapat on seperti biasa walau 10 kali mencuba.Malam ni kena berkejar untuk ke usrah dengan sahabat-sahabat muslimat Tampin. Doakan, semoga Allah meredhai perjalanan ini. Ameen..





Wednesday, June 24, 2009

Sukarnya menjadi seorang doktor yang muslim..




Salam perjuangan..

RASA YANG 'MATI'

Lama sudah saya tidak menulis..bukan kerana masalah teknikal, tapi hati ni rasa 'malas' nak menulis..tiada 'rasa' untuk menulis walau banyak yang ingin dikongsikan..kadang-kadang rasa bersalah pada diri sendiri juga sebab menulis merupakan salah satu dari minat saya dan medium untuk saya berdakwah-walaupun sedikit.Sebenarnya saya ada menulis sedikit demi sedikit di dalam blog ini dan menyimpannya di dalam draf untuk saya menulis di kemudian hari.Saya akan berhenti menulis ketika hati sudah kematian rasa.Memang susah untuk menulis.Tidak semudah A to Z. Kalau ingin bercerita tentang diri sendiri dan perjalanan hidup memang mudah.Tapi itu bukanlah matlamat saya membuat blog ini. Bukan untuk bercerita tentang diri sendiri tetapi pengalaman diri yang sedikit sebanyak dapat diambil pengajaran oleh semua yang membacanya-yang mungkin tidak dapat saya sampaikan secara lisan dan penuh terbuka ketika saya sedang berkerja.Mungkin dengan penulisan yang sedikit ini dapat membantu saya untuk berusaha menjadi seorang doktor yang turut berusaha untuk berdakwah-ameen



MUHASABAH DIRI..


Kebelakakangan ini saya kembali menemui perkataan MUHASABAH-yang sering kali diingatkan sesama sahabat sewaktu di universiti dulu. Mungkin pembaca hairan,kenapa sebegitu?


Sukar untuk saya menjawabnya. Dalam diam saya baru tersedar memang benar pesanan senior-senior saya dahulu yang sering mengingatkan tentang keciciran yang mudah sewaktu alam pekerjaan. Memang benarlah manusia mudah lalai. Dan saya tidak terlepas dari kelemahan tersebut. Untuk kembali menulis di blog ini juga suatu mujahadah buat saya..


Sejujur-jujurnya, bukan mudah untuk menjadi seorang doktor yang muslim.


Ramai para doktor yang Islam tetapi sangat-sangat sedikit yang berjaya menunjukkan keperibadian muslim dan berdakwah sewaktu bekerja.Bukanlah dengan berpakaian dengan tudung labuh dan kopiah ke tempat kerja sudah cukup untuk melambangkan keperibadian seorang doktor muslim.Doktor muslim yang saya maksudkan ialah yang mampu menunjukkan KPERIBADIAN MUSLIM dan MENGAJAK pesakit kembali kepada Islam -yang ini amat payah.Percayalah..praktikal tidak semudah teori.


Setelah saya bekerja di hospital barulah saya faham kenapa kebanyakan staf-staf di hospital sukar untuk memberi kepuasan kepada semua pesakit. Untuk senyum, mungkin kadang-kadang. Untuk melayani segala kerenah dan permintaan pesakit dalam masa itu juga-mustahil!-kecuali yang benar-benar dalam kecemasan.



Bagaimana mahu melayan atau menyampaikan di ketika yang sama kerja untuk 3 orang sekurangnya harus ditangani oleh seorang sahaja? Kami para doktor pula bekerja dengan urusan-urusan berkaitan dengan kesihatan pesakit-Jika di wad-darah, urusan scan yang urgent dan maklumat pesakit yang perlu di trace entah di jabatan mana pada masa yang sama menyiapkan discharge pesakit -itupun entah berapa banyak pesakit/ keluarga pesakit yang mengamuk sebab urusan discharge yang lambat akibat kekurangan kakitangan.Itupun kebanyakan kami skip waktu makan tengahari kami.




Di klinik pula-beratus pesakit menunggu giliran.Sebolehnya ingin menguruskan setiap pesakit dengan cepat agar tidak lama pesakit menunggu.Kalau melayan terlalu lama -segala luahan peribadi pesakit yang entah kemana (kebanyakan kami cuba mengelak sebolehnya untuk terus secara langsung kepada masalah kesihatan pesakit) bagaimana tentang ratusan pesakit yang lain yang sedang menunggu dan aduan tentang masa menunggu yang lama oleh pesakit-pesakit yang lain?



Memang tidak mudah memuaskan hati semua pihak..




PESAKIT DAN SOLAT


Sudah setahun saya berkerja dan menjalani latihan housemaship di hospital ini dan saya masih AMAT TERKILAN kerana masih tidak mampu ISTIQAMAH mengingatkan pesakit saya tentang SOLAT.


Inilah kelemahan saya yang TERBESAR.


Bukan mudah untuk menegur secara BERHIKMAH.


Saya berani katakan LEBIH 90% pesakit saya tidak solat.Jarang-jarang benar saya melihat yang solat apatah lagi menutup aurat di hadapan kalangan kakitangan hospital yang bukan muhrim.



Pesakit yang muda tidak sukar untuk saya kerana saya mampu berbicara dalam nada bergurau dan sebagai seorang kawan .Tetapi dengan yang lebih tua yang menjadi masalahnya..Tidak tahu bagaimana bermula. Sukar untuk membetulkan atau memberitau apatah lagi menjelaskan tentang isu mengQADAkan solat. Entahlah..Bantulah saya.



Teringat di suatu ketika dulu sewaktu saya belajar...



Saya jatuh simpati padanya seorang pesakit yang lumpuh terbaring di atas katil akibat TB Spine- Jangkitan TB pada tulang belakang yang boleh mengakibatkan lumpuh.



Dia berumur sekitar 40an, masih bujang dan bekerja sebagai penoreh getah.Ketika itu tiada siapa yang dapat menjaganya. Pesakit tinggal jauh nun di gua musang tidak silap. Hanya ada ayah dan ibu yang tua di rumah. Ketika itu dia sedang menunggu bantuan pengangkutan untuk menghantarnya pulang kerana tidak ada pengangkutan untuk mengambilnya juga tidak mampu membayar untuknya.


Pesakit nampak bengis kadang-kadang dan selalu bermuram. Tetapi, setiap yang melalui katilnya pasti akan jatuh simpati dengan keadaannya apatah lagi melihat pada kecacatan muka yang dimilikinya.



Atas simpati yang kuat saya memberanikan diri menghampiri dan menegurya. Entah macam mana saya boleh sampai untuk bertanya tentang solatnya.


"Pakcik nak solat?"saya mula bertanya.




Tiba-tiba dia menangis. Terkejut saya.Pada masa yang sama air mata turut bergenang dalam kelopak mata ini. Hati saya turut menangis, airmata yang mampu ditahan untuk menangis bersamanya!


"Pakcik kat rumah tidak pernah tinggal solat.Pakcik dah lama tak solat. Pakcik nak solat tapi tidak orang ajar dan bantu.."-seingatnya saya begitulah kata-katanya dalam nada teresak-esak.


Saya terkedu.


Untungnya HUSM hospital berkonsepkan ibadah. Ketika itu air dalam botol untuk spray ada berdekatan. Saya mengambilnya dan mengajarnya tentang cara-cara untuk berwudhu dalam keadaannya yang terlantar seperti itu. Saya membantu memercikkan air wudhuk di tempat-tempat yang tidak mampu dicapainya. Selepas dan semenjak itu saya melihat dia menunaikan solat dalam keadaan terbaring..



Hanya Allah yang tahu betapa hati saya menangis ketika pertama kali melihatnya solat.




Alhamdulillah, hari-hari berikutnya saya melihatnya masih menunaikan solat walaupun dalam keadaan terbaring dan agak ceria tidak seperti selalu.




Moga dia dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah selalu.




MUJAHADAH DALAM BEKERJA



Bukan mudah untuk mencari teman sekerja yang SEFIKRAH apatah lagi yang SERASI.Sehingga kini, jujurnya saya masih belum temui. Sahabat-sahabat saya yang rapat kebanyakan terdiri dari luar tempat kerja-yang SEFIKRAH.




Alhamdullilah, dari segi pergaulan saya masih mampu mengawal diri dari melakukan tindakan yang luar batas dari kebiasaan saya sebagai muslimah. Itu yang mampu saya katakan.




Sepanjang bekerja Alhamdulillah, saya masih ada pendirian dalam pergaulan dan ketegasan dalam menjaga waktu solat. Pernah baru-baru ini seorang MO lelaki non muslim menghulurkan tangan secara terbuka dan 'bermakna' untuk bersalam dengan saya di hadapan pesakit dan doktor-doktor pelatih yang lain-alhamdulillah tiada rasa bersalah atau apa-apa rasa saya mampu menolak salamnya -"I'm a muslim woman"



Kebanyakan saya mempunyai ruang untuk menyampaikan Islam tapi kebanyakan peluang juga saya tidak mengunakan sepenuhnya walau saya antara yang aktif menganjurakan program-program dakwah untuk non muslim ketika di kampus malah membimbing 2 orang yang baru masuk islam ketika itu.Hanya sekadar yang mampu.




Jujurnya, saya merindui sangat dengan kelas-kelas perbandingan agama ini.Niat saya untuk menambahkan lagi iman dan memantapkan akidah diri sendiri dengan mempelajarinya.



Saya kematian idea untuk menyampaikan ketika di tempat kerja ketika sahabat non muslim saya menegur saya asyik-asyik sembahyang sahaja.Saya mampu mengatakan ianya wajib untuk saya laksanakan sebagai seorang muslim. Dan ada ketikanya saya bertanya juga tentang agama yang dianutinya, tetapi most of the time saya kekeringan idea untuk meneruskan bual bicara.



Pertemuan saya dengan Kak Mala sewaktu saya berada di posting perbidanan dan sakit puan sedikit sebanyak 'menampal' kelemahan yang saya dalam menyampaikan ilmu dakwah ini.



Alhamdulillah, saya bersyukur walaupun tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya Kak Mala telah menemui ramai orang dan pelbagai pertubuhan selepas saya. Sekurangnya-kurangnya Kak Mala merasai keseronokan menghadiri program dan majlis-majlis ilmu walau hingga kini saya masih terkilan kerana masih tidak berjaya mendapatkan pekerjaan yang stabil dan tetap untuknya. Tetapi alhamdulillah, ayahnya yang kini masih beragama Hindu makin menunjukkan minat dengan Islam dan parti ISLAM. Paling terharu, amat-amat apabila ayahnya dengan bangga mengatakan this biscuits is from my daughter-anak perempuan saya yang bagi di hadapan cucunya ketika saya kebetulan membelikannya biskut pada Hari Bapa-kerana saya tidak mempunyai ayah lagi untuk memberikan apa-apa kecuali doa yang berpanjangan untuknya..




Untuk DIRI, adik-adik dan sahabat semua..



Untuk diri saya..
BANYAK sangat kelemahan dalam diri ini yang harus diperbaiki. Saya masih belum lagi layak untuk menjadi seorang dokor muslim yang sejati..masih belum lagi..bantulah saya untuk merealisasikannya.Saya amat mengharapkan cadangan dan sokongan daripada teman-teman semua.
Semoga Allah bantu saya untuk IKHLAS dan TULUS berada dalam bidang ini.


Untuk adik-adik,

Cubalah mulakan dari sekarang untuk mengasah diri bukan sahaja menjadi seorang doktor yang ISLAM tetapi juga MUSLIM dari segi perilaku dan MAMPU MENGAJAK ke arah kebaikan.


Bermujahadalah dalam mencari teman yang SEFIKRAH dan sebolehnya yang SERASI sewaktu di alam pekerjaan. Sungguh, teman-teman itulah yang membantu kita untuk MUJAHADAH.Luangkanlah masamu dengan mereka walau engkau memang sedia sudah sibuk dengan tugas-tugasmu di tempat kerja.Itulah PENGUAT dirimu dalam perjuangan.





Untuk sahabat,


Sama-sama kita mengingatkan diri agar diri tidak lalai dan terpesona dengan nikmat dunia dan kekayaan harta benda juga dengan suami/isteri/anak-anak/ keluarga.


Moga AllAH dan Rasul lebih dicintai dari yang lain dan cintailah dan bencilah sesuatu itu hanya kerana Allah dan RasulNYA.





























































































































































































Friday, June 19, 2009

Not easy being a doc

My Resource in everytime of distress,
the One who answers me on every supplication,

my Refuge in every difficulties,'

and my Hope when my own devices fail.


Ini Doa Sidi Ahmad Idris-saya dapat dari guru mengaji saya-Kak Safiah;saya akan ingat dan ulang bait-bait ni dalam doa terutama every time dalam keaadaan stress yang terAMAT=)


Minggu ni saya ni agak menekankan, pertama kali saya rasa kepala seolah-olah nak meletup=)..mungkin ini kemuncaknya setelah 3 bulan berturut-turut saya saya bekerja setiap hari tanpa cuti..sudah mula rasa demam-demam terutama waktu pagi dan malam hari but still saya terpaksa kuatkan diri walau semangat tu agak menurun..semuanya atas keterpaksaan..

Baru dalam dua minggu saya mula berdikari tinggal di hostel tanpa teman-hidayah dan sahabat-sahabat lain-jujurnya, saya merasa kehilangan yang amat sangat..kebetulan saya sangat sibuk minggu ni-minggu ni sahaja sudah lalui 3 oncall dan sangat memenatkan. Ditambah hal-hal lain yang perlu diselesaikan..keadaan agak tidak terurus..selalunya sahabat saya, hidayah akan membantu walau saya tidak pernah meminta.Balik-balik sudah kelihatan kain baju saya di di dalam bilik-sudah siap dibasuh dan diangkat dari sidaian.Soal makan, jujurnya saya tidak berapa memberatkan sangat terutama selepas balik kerja..apa yang ada.Kami jarang amat-rasanya hanya sekali membeli makanan di luar selama setahun tinggal bersama.Kebiasaannya kami masak sendiri makan malam.Sejak di wad peubatan ,untuk memasak;-jauh sekali walau pun banyak resepi yang saya dan dayah rancang untuk masak bersama..dayah pun kesian, nak masak membazir, kerana saya jarang sempat makan bersama.



Paling kesian pada mak.Tidak dapat pulang setiap minggu kalau hujung minggunya saya oncall.


Mungkin sewaktu medical posting agak sibuk begini..kerana hari-hari kami perlu datang kerja..Tidak sabar untuk tamatkannya secepat mungkin..Tidak sabar juga untuk bercuti.Tempat yang paling saya rindu tentunya Pulau Melaka-tempat tok guru nik aziz..entah bila boleh pergi lagi, rindunya...




Terlalu banyak yang harus diuruskan..dengan menulis ini walau sedikit, hopefully it will reduce my stress..Banyak ingin dikongsi, mungkin selepas saya habis medical posting.Sekarang ni saya jaga wad isolasi untuk kes H1NI dan wad diabetic foot -female and male.


Ini salah satu e-mail yang menarik perhatian saya walau not 100% i'm agreed with esp being called as a sick doctor...sebab bagi saya kata-kata baik adalah penawar yang boleh meredakan.



I WOULD like to refer to the recent letters about housemen and sick doctors. The job of a medical officer is very demanding and carries a heavy responsibility, especially now, as patients are more aware of their rights, have high expectations, are medically more knowledgeable and more litigations conscious. Housemen, their parents and those who aspire to be doctors should realise this.

Housemanship requires psychological and physical endurance. If one is unable to cope with the demands during this period, then one may succumb to stress, and the possibility of making medical errors is higher.

Many want to be doctors without realising that they have to make a lot of sacrifices.
A medical student is responsible only for himself, but once he graduates and becomes a doctor, he is responsible for the life of his patients.


The medical profession is rather unique in that although a doctor may have obtained a medical degree, he still cannot practise because he still has a lot to learn especially the practical skills of medical management.

In fact, the medical degree is just a licence for them to start learning how to practise medicine. Medical doctors will not be given full registration unless they pass their housemanship training. Housemanship is the time when newly-graduated doctors are trained not only to manage and administer the medical management under supervision to patients but to withstand the endurance of working long hours, day and night, weekdays and weekend.

There was an incident when a new doctor entered the ward for the first time, and a paediatric patient collapsed in front of her. She was stunned and unable to respond whereas the nurses tried to revive the child. Unfortunately, the child died.

The doctor did not come to work for three days. On the fourth day, she came to see me and said that she had chosen the wrong profession, and subsequently left the hospital. As mentioned in your papers, there are doctors who get “sick”.

A doctor can be held liable in an action of negligence if he fails to exercise that degree of care and skill which is expected of him. Medical errors do happen when doctors misdiagnose, delay treatment or administer the wrong dosage.

As such, a houseman who examines more patients, spends longer hours in the wards and handles more procedures will become a better and more confident doctor.

Housemen should not complain about the long working hours and being scolded by their seniors and specialists. Teachers and lectures have been scolding students since ages because they want their students to succeed and be better than them.

As part of their training, housemen have to report for work long before the official hours and work through lunch and dinner if need be, and know every detail of their patients.
They should love their work and enjoy the satisfaction of seeing patients under their care recover. No patient should die because of a houseman’s incompetence. Inexperience is not a defence.


So housemen should go to work with the right attitude and acquire knowledge, skills, stamina and patience so that they can be confident of working alone anywhere in the country.

DATUK DR AHMAD RAZIN MAHIR,
Pengarah Kesihatan Negeri, Perak.

Wednesday, June 10, 2009

in a silent mode


Minggu ini dan minggu seterusnya dan mungkin minggu seterusnya juga saya tidak dapat menulis banyak walaupun banyak juga yang ingin dikongsikan..saya sibuk dengan exams, presentation dan hal-hal berkaitan end of posting termasuk oncall yang sangat dekat jaraknya antara satu sama lain..haripun saya oncall..semoga Allah memudahkan segala urusan!

Tuesday, June 9, 2009

to be what u must

A' is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;
and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
and Sua is for salat,
for when we pray facing him, everyday, facing him, till we meet ourlord;
Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah;
Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;and
Dhua is for dhil, a shadow;
and Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
and Qua for the Qur'an, the book of God;
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah. La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, la ilaha illa'allah;
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
and Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
and Ya for Yawm-mid-Deen;Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.

Allah, La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and Moses was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and Noah was his Messenger. Allah, La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam. Allah,La ilaha illa'allah;Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger. Allah, La ilah

A for ALLAH-yusufislam

Monday, June 1, 2009

cukuplah kematian itu sebagai peringatan..

ini sambungan penulisan saya yang lalu yang baru diberi tajuk yang saya telah olah semula..


"Cukuplah kematian itu sebagai peringatan"-HR

Alhamdulillah,housemen di HTJS(Hospital Tuanku Ja'afar Seremban) dihantar untuk mengikuti 3 kursus sepanjang dalam tempoh kami menjalankan training housemanship di sini;kursus forensik, patologi dan radiologi. Alhamdulillah, kini tiba giliran saya untuk menjalani kursus pertama saya di Jabatan Forensik.Turut serta bersama saya ialah Dr Teh-dari posting surgical dan Dr Suresh -MO dari Jabatan Kecemasan Kuala Pilah yang turut serta menjalani kursus bersama-sama kami.(MO =pegawai perubatan.Pegawai-pegawai perubatan di hospital daerah perlu melakukan post mortem sendiri untuk kes yang datang ke hospital daerah)

Alhamdulillah juga,hari ini hari terakhir saya di jabatan Forensik-setelah 'berusaha bertahan mengharungi" lebih kurang 11-13 kes post mortem dalam 5 hari!(Selalunya avarage hanya 1 kes dalam sehari, kadang-kadang hanya 1 kes sahaja yang ada dalam 5 hari kursus -dari respons houseman-houseman yang menjalani kursus sebelum ini )


Alhamdulillah, syukur pada Allah-DIA telah meberikan peringatan yang amat mendalam bagi saya.Jujurnya, tidak mudah untuk saya menulis topik ini dengan hati yang masih 'tenat' dan masih dalam penjagaan ICU! Saya menulis sebagai rawatan pada hati dengan harapan tulisan ini boleh membawa kepada pembersihan hati menuju Allah ,mudah-mudahan..


Tidak semua kes yang mampu untuk saya coretkan di sini, hanya sebilangan sahaja yang mampu saya catatkan untuk renungan bersama.



Pengalaman pertama yang mendebarkan..


"Ya Allah, ampunkanlah orang yang masih hidup, yang telah mati, yang ada, yang tiada dan yang masih kecil yang telah dewasa, lelaki kami dan wanita kami.Sesungguhnya Engkau mengetahui tempat kembali dan tempat menetap kami.Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di kalangan kami, maka hidupkanlah dia di dalam Islam.Dan orang yang telah Engkau matikan di kalangan kami, maka matikanlah dia dalam keimanan."


Saya satu-satunya petugas wanita yang terlibat melakukan post mortem untuk minggu ni. Pertama kali saya terlibat dalam sesi post mortem agak menakutkan.Perkara pertama kami buat adalah mengeluarkan mayat dari kompartmen.Agak mengerunkan, apatah lagi membayangkan keadaan kain putih yang membungkusi mayat adalah kes bunuh diri,'Ketakutan' saya dapat dicam oleh Dr Muru. Bayangkan,saya turut bersama membuka plastik hitam dan menarik mayat ke atas tempat pembedahan post mortem.

Pertama kali, saya takut melihat keadaan mayat dengan mata terbeliak dengan kain cadar tergantung di leher sebagai bayangan mayat membunuh diri dengan mengantungkan dirinya...

Keadaan mayat kaku, keras dan sejuk(= Rigor mortis-istilah yang digunakan dalam bidang forensik.)Tiada gerakan, tiada suara.Hanya jasad yang kaku..

Saat pisau membelah membelah mayat, hanya Allah yang tahu perasaan saya.Saya kuatkan diri untuk melalui semua proses sehinggalah habis menjahit mayat. Melihat saat organ-organ dikeluarkan dan diperiksa, saya terpegun dan terkedu. Tidak dapat digambarkan keadaannya bagaimana..


Kes Kedua-Ingatlah, mati itu datang tiba-tiba!

"Ya Allah ampunkanlah dia, kasihanilah dia, sihatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakan tempat tinggalnya, luaskan tempat masuknya, mandikan dia dengan air, salju dan air dingin.Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran.Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarga yang lebih baik dari keluarganya dan suami/isteri yang lebih baik dari suami/isterinya.Masukkan dia ke dalam syurga.Lindungi dia dari azab kubur dan siksa neraka.Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.Dan, lindungilah kami dari siksa neraka."

Awal-awal pagi hari ketiga, suasana sedih menyelubungi suasana di perkarangan jabatan forensik..ahli-ahli keluarga yang berwajah sedih dengan linanngan mata yang berair. Suasana sayu menyelubungi.Rupa-rupanya Dr Muru baru sahaja selesai kes lemas kanak-kanak lelaki baru berusia 4 tahun!

Saya turut bersimpati pada ahli keluarga terutama pada ibunya.Kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal setelah 4 kali keguguran..

Petangnya, post mortem ke atas seorang bayi perempuan, yang sempurna sifat-mati sewaktu lahir. Keadaan bayi sangat comel dan bersih, terasa sungguh tidak sampai hati untuk melakukan post mortem ke atasnya.Tetapi, itulah hakikatnya..


Hari keempat saya, saya masih menerima "mayat di luar jangka"-kes mati mengejut untuk remaja perempuan berusia 18 tahun! Kes forensik yang paling sukar untuk dikenalpasti punca kejadian adalah kes sudden death-mati mengejut yang tidak diketahui punca kematian.Selalunya dalam kes-kes seperti kemalangan, punca kematian dapat dikenalpasti terus dari semasa proses post mortem dijalankan. Dalam kes kematian mengejut, banyak bergantung kepada sample-sample dari mayat yang dihantar untuk analisis ujian-ujian tertentu.

Pagi ini saya masih menerima satu kes kematian mengejut-yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun!


Berapa ramai anak-anak muda

yang sedang bermain pagi dan petang

sedangkan kain-kain kafannya sah mula dikoyakkan orang

tapi,dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir

menjdai orang hebat

tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis yang dihias indah

pada malam pengantinnya

rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang

untuk menguruskan jenazahnya.

-syair Arab

Hakikatnya, ingatlah; mati itu datang tiba-tiba!


Pengajaran berguna..

Apabila melihatkan organ-organ dalam tubuh manusia, Maha Suci Allah dan Bijaksananya Dia mengatur sedemikian rupa.Tiada cacat dan berkurang.Syukurnya atas nikmat pemberian tak terhingga. Terasa diri tidak mempunyai apa-apa pun. Semuanya akan dikembalikan semula..siapalah manusia ini, hambaNYA yang tidak memiliki suatu apapun,segalanya hakikatnya pinjaman Tuhan yang Maha Menciptakan..

"Mati hanyalah suatu proses bila jiwa(roh meninggalkan) jasad.Tapi, roh itulah hakikatmya manusia.Kembara kita tidak akan berhenti akibat kehancuran jasad.Jasadnya pulang ke tempat asal(tanah), manakala rohnya kembali ke rahmatullah"-jaddal attif, solusi isu 8-

Inillah kesimpulan yang saya dapat semasa saya melakukan post mortem.Hakikatnya, roh itu adalah manusia.Apabila mati, hanya jasad yang kaku dan keras tidak bernyawa yang tinggal.Rohnya tadi telah kembali menemui Tuhanya dan meneruskan kembara kehidupan seterusnya di alam yang lain..Jasad tadi, walau dicincang hingga lumat tetap tinggal jasad yang tiada ertinya lagi dan kepada tanahlah tempat ia dikembalikan..Apalah yang ada pada kecantikan wajah,paras rupa dan rupa bentuk yang menawan kerana ketika itu ianya tidak berguna lagi; tiada siapa tertawan, tiada siapa pun peduli!

Apa yang saya faham tentang mati?

"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya."-H.R Bukhari dan Muslim

Mati itu suatu proses yang mesti dilalui oleh setiap insan untuk menuju kepada PERMULAAN KEHIDUPAN yang baru, daripada kehidupan yang fana kepada kehidupan yang kekal selama-lamanya. Mati hakikatnya adalah sebuah kehidupan. Hakikatnya, tujuan hidup itu adalah untuk mati dan mati itu juga adalah tujuan hidup.Mati itu juga bererti membawa kepada suatu KEPULANGAN. Samada kepulangan yang dinanti oleh penduduk langit dan bumi atau suatu kepulangan yang hina dan dibenci oleh sekalian makhluk.Yang mana satu?

Paling penting, mati adalah untuk menemui Tuhan, iaitu Allah.

Sudikah Allah untuk bertemu dengan kita?

Semoga mati dengan penuh kemenangan bertemu denganNYA.

Menang yang bagaimana?

Menang dengan menjadikan ALLAH itu TUHAN yang satu, tiada selainnya..Menang dengan mememenangkan Allah atas segala sesuatu,menang melawan setiap bisikan nafsu dan syaitan yang membawa perkara yang sekecil-kecil maksiat apatah kepada perkara keji dan mungkar,menang dengan menjadikan Allah paling dicintai, tiada selainNya, menang kerana mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan membenci sesuatu keranaNYA..segala-galanya kerana Allah! Menang dan menang demi mengesakan Allah, untuk Allah dan Allah, Allah, Allah terutama di saat sakaratul maut datang menjemput..

Hakikatnya, hanya Engkau ya Allah...

Terasa diri ini terlalu jauh dengannya, masih banyak yang perlu diperbaiki sedangkan masa itu semakin hampir...


Ya Allah,menangkanlah kami, jadikan kami jiwa dan roh yang tenang sekembalinya kami ke sisimu dan letakkanlah kami dalam redhaMU dalam menerima kepulangan kami..