Friday, August 28, 2009

15malaysia

Saya tertarik untuk menonton 15 filem pendek dalam 15Malaysia-www.15malaysia.com



kerana ianya



pendek..



jujur..



menyentuh perasaan..samada sedih, kelakar atau kadang2 perasaan sukar untuk digambarkan



ada nilai moral..



mengajak penonton berfikir..



bermutu tinggi..



bukan sekadar untuk mengisi masa lapang semata-mata..



ada juga nilai dakwah..terutama dalam the tree-yang menampilkan tok guru nik aziz.





semua ini kriteria kebiasaan yang selalunya menyebabkan saya tertarik untuk menonton filem atau membaca sesuatu novel.Yang mampu membuat saya memikirkan moral valuenya walau sudah beberapa lama sudah saya membacanya/menontonnya.




Sehingga kini saya masih ingat satu novel yang sangat tinggi nilai penyampaian moralnya-generasi yang hilang tajuknya tapi saya agak-agak lupa penulisnya sebab novel tersebut saya baca bebelas tahun yang lepas!


Berbalik tentang 15malaysia..




15 malaysia bukanlah seperti filem Malaysia yang kebiasaannya mengutamakan keuntungan dari karya yang dihasilkan.Malahan ianya percuma untuk rakyat Malaysia malahan satu dunia untuk menontonnya,PERCUMA.




Isu-isu yang dikupasnya sangat menarik dan REALITI malahan berani..seperti Slovak Sling yang memilih isu rasuah,lompat parti, masalah sosial pemimpin dalam parti-parti politik.


Malahan yang menariknya, tuan guru nik aziz nik mat juga turut serta dalam satu filem pendek yang dihasilkan-The Tree.



Walaupun The Tree sangat ringkas dan lebih kepada berbentuk tazkirah tetapi ianya tetap menarik kerana isi penyampaian tok guru yang kebiasaan menusuk kalbu.



Sememangnya untuk menghasilkan karya yang bermutu bukanlah bergantung pada gahnya nama tajuknya atau populariti produser atau pelakon tetapi pada mutu karya itu sendiri yang biasanya lahir dari hati yang ikhlas untuk menyampaikan sesuatu pada yang menontonnya, yang mampu membuat penonton berfikir..



Jauh di sudut hati, saya berharap akan lahir suatu hari nanti karya-karya dakwah islamik yang berbentuk begini-yang mampu 'mengusik 'hati.

4 comments:

  1. Assalmualaikum wbt
    menarik blog yang awak tulis.Tertarik saya membacanya.
    nama saya Hafiz,belajar di jepun.Boleh saya tahu sedikit sebanyak tentang dunia bakal doktor ni.InsyaAllah tuang saya bakal doktor.Saya lihat akak ni tgh menjalani HO di usm kubang kerian,?boleh akak cerita lebih terperinci lagi cerita dunia perubatan ni...saya suka membaca blog akak

    ReplyDelete
  2. wsalam.
    thanks sebab baca blog akak yang tak seberapa..

    akak wat ho kat seremban, belajar klat usm kubang kerian dulu..

    i-Allah..
    mohon Allah bersihkan hati untuk terus menulis..

    all da best for u dear.

    ReplyDelete
  3. tima kasi,,sbnarnya dalam ati ni risau jugak bila dia busy,takder masa.bila da kawen nnati..
    lagi satu takut jugak kalau dapat tempat kerja berbeza negeri,biasanya HO 1 coce dapat ker?
    saya pun ingat nak minta dia minta kat Negeri 9,atau serdang utk Ho annti..Dia pun sbnarnya belajar kat USm kubang kerian,utk pengetahuan akak

    ReplyDelete
  4. Eik dik, cam nak cari yang lain jer..

    Hmm..macam mana nak jawab nih?

    Akak takde experience..

    anyway, if dah decide pilih ur future wife as a dr makannya adik SEPATUTNYA dah BERSEDIA untuk hadapi segala cabaran mendatang.. betul tak?

    if masih rasa ragu2 dan was2-carilah yang lain..senang citer kan.-serius jugak nih..

    anyway dik..

    pada pendapat akak secara peribadi-apapun semua ni bergantung pada individu itu sendiri-yang mana secara overallnya..

    .-sejauh mana kemampuan individu tersebut mengurus diri-sejauh mana kita mampu mengurus diri sendiri sejauh itulah kita mampu mengurus orang lain..Including time, money, STRESS and evertyhing-

    aDA juga yang mempunyai pasangan hidup-samada suami atau isteri esp sang isteri la yang berkerja separuh hari jer timenya tapi rumahtangga tunggnag langgag juga kan?

    -Sejauh mana HUBUNGAN dengan Allah -jaga Allah , Allah akan menjaga mu..Percayalah,tiada maknanya idup ni tanpa adanya RASA Allah disisi.Ia membantu-AMAT dalam menjalankan tanggungjawab as khalifahnya termasuk as a husband or wife-sebab PERKHAWINAN INI SATU TANGGUNGJAWAB dan AMANAH-bukan untuk suka-suka atau kerana suka semata-mata.Perkara pertama yang perlu ada selain suka itu adalah berkhawin IKHLAS KERANA ALLAH dan RASULNYA.Padsa masa yang sama FAHAM (bukan tahu) TUJUAN PERKHAWINAn itu sendiri- for dunia dan UKHRAWI.


    Tapi tak dinafikan BESAR cabarannya jika pasanngan esp isteri is a dr esp duirng housemanship tapi apapun berbalik pada yang atas dan KESEFAHAMAN antara pasangnan..

    meaning-UNDERSTNADING and SHARING also GOOD communication skill.

    ada juga kebaikannya if sama2 dr-mudah motivate each other saat sukar tapi susahnya time bila beranak pinak nanti-tapi banyak je sahabat2 ana yang survive..jadi apapun bergnatung diri sendiri

    Jadi-ask urself and her.sejauh mana PERSEDIAAN itu?

    Mana yang kurang top upkan..saling meperbaiki esp on SELF MANAGEMANT-banyak kena READY, jadi ready2kanlah diri.

    MASA yang ada sementara belum ada ikatan yang sah is for self iomprovement and preparation.

    Pasal pilihan tempat-istikarah ler.Itu yang terbaik.If dah bersedia dan paling mudah nikah dulu before apply i-Allah mudah dapat tempat yang diminta.For info , after ho KKM akan anta ke district yang sama negeri masa wat ho.kalau ho kat seremban, kemungkinan bear dan kebiasaannya dapat kat n9 ler,,

    last for not least, apapun jadikanlah ALLAh dihati.Itulah kunci kekuatan dalam hidup.
    -MeRASA Allah bersama.Tiada kekuatan melainkan Allah.

    Soal jodoh ketentuanNYA.KIta hanya mampu merancang.Doakan yang terbaik disisiNYA.

    Jaga iman, diri dan hati

    ReplyDelete