Monday, August 24, 2009

welcome back sis..we all are waiting for you



She looks younger than me , right?-my sis perasan la tur..hu2.


Inilah kakak saya, Rabiaahtuluuduyah Nordin-memang payah ejaan namanya, saya pun kadang-kadang tak pasti betul ke tak.Sampai orang bank kena telefon ke Jepun untuk pastikan ejaan namanya..


Tapi panggilannya di kalangan kawan-kawan B aje...Saya dan adik-beradik yang lain memanggilnya Biah.


Saya dan keluarga amat merindukan beliau.


Doa semoga beliau berjaya dan selamat pulang.


Amin Ya Allah.


Sebenarnya banyak untuk diceritakan tentang kakak saya ini, yang mungkin dapat kita pelajari sesuatu darinya. Tapi, mungkin masanya belum sesuai lagi buat masa ini.


Kakak saya ini anak ketiga dalam keluarga tetapi banyak bertindak sebagai yang sulung.


Selain saya, Kak Biah juga rapat dengan ayah. Antara anak kesayangan Ayah.


Hanya Kak Biah tidak dapat menatap wajah ayah selepas ayah meninggal dunia.Tiada tiket penerbangan untuk ke Malaysia untuk waktu sebelum ayah dikebumikan ketika itu. Saya hanya mampu mengucup dahi ayah untuknya dan dia hanya dappat menatap wajah ayah melalui webcam ketika itu. Sungguh, saya masih ingat waktu itu..lebih kurang setahun yang lalu.


Kini, kami berpuasa tanpa ayah disisi dan bakal menyambut raya tahun ini tanpa ayah sekali lagi.Sungguh, saya merasakan AMAT kekurangan.Setiap kali ke masjid, pasti saya akan ingat kenangan bersama ayah. Ayah dengan saya memang selalu bersama ke masjid dan surau. Kadang-kadang saya akan kejutkan ayah untuk bangun solat subuh berjemaah di surau.Kadang-kadang ayah pula yang akan mengejutkan saya..

Paling tidak dilupa, ayah akan kejutkan saya bangun malam ketika saya belajar di universiti. Terutama ketika menjelang peperiksaan. Saya pun tidak lupa untuk menelefon memohon doa dan restu dari ayah.Dan malam 23 April merupakan kali terakhir saya berbuat demikian, sehari sebelum menjelang hari pertama peperiksaan akhir saya ketika itu. Lemah sungguh bunyi ayah di corong telefon.Tapi ayah tak pernah putus mengatakan dia sentiasa mendoakan saya dan terus memberikan kata-kata positif buat diri saya.Itulah kekuatan buat saya untuk kembali semula ke universiti setelah ayah dikebumikan.Ayah kembali padaNYA pada 24 April 2008, pada hari pertama peperiksaan terakhir saya di universiti...

Kini, saat saya memandu keseorangan ke masjid pasti ayah di ingatan. Teringat saat bersama dengan ayah dahulu. Rindu..

Sungguh, saya sangat-sangat rindukan ayah ketika ini.


Ayah banyak berkorban buat saya dan kami sekeluarga. Ayah telah membuat saya menghormati SETIAP insan yang bernama AYAH..


Sungguh, saya merasakan SEBAHAGIAN DALAM DIRI saya telah hilang bersama ayah.

Maaf kerana catatan ini berbentuk peribadi.


Hanya yang pernah merasai yang akan memahaminya,
Betapa pedihnya bila kehilangan orang yang tersayang...




1 comment:

  1. salam 'alaik..
    btul, ana stuju sgt.. hanya yg pernah mrasai yang akan memahaminya..betapa pedihnya kehilangan org yg tersayang.. ana pernah merasai khlgn 2 insan yg tersayang, ayah & guru yg tercinta..mmg perlu kekuatan utk hdpinya. moga akak tetap tabah mengharungi liku2 hidup2 yg penuh dgn dugaan, menuntut kesabaran & keyakinan yg teguh pdNya.

    ReplyDelete