Monday, June 1, 2009

cukuplah kematian itu sebagai peringatan..

ini sambungan penulisan saya yang lalu yang baru diberi tajuk yang saya telah olah semula..


"Cukuplah kematian itu sebagai peringatan"-HR

Alhamdulillah,housemen di HTJS(Hospital Tuanku Ja'afar Seremban) dihantar untuk mengikuti 3 kursus sepanjang dalam tempoh kami menjalankan training housemanship di sini;kursus forensik, patologi dan radiologi. Alhamdulillah, kini tiba giliran saya untuk menjalani kursus pertama saya di Jabatan Forensik.Turut serta bersama saya ialah Dr Teh-dari posting surgical dan Dr Suresh -MO dari Jabatan Kecemasan Kuala Pilah yang turut serta menjalani kursus bersama-sama kami.(MO =pegawai perubatan.Pegawai-pegawai perubatan di hospital daerah perlu melakukan post mortem sendiri untuk kes yang datang ke hospital daerah)

Alhamdulillah juga,hari ini hari terakhir saya di jabatan Forensik-setelah 'berusaha bertahan mengharungi" lebih kurang 11-13 kes post mortem dalam 5 hari!(Selalunya avarage hanya 1 kes dalam sehari, kadang-kadang hanya 1 kes sahaja yang ada dalam 5 hari kursus -dari respons houseman-houseman yang menjalani kursus sebelum ini )


Alhamdulillah, syukur pada Allah-DIA telah meberikan peringatan yang amat mendalam bagi saya.Jujurnya, tidak mudah untuk saya menulis topik ini dengan hati yang masih 'tenat' dan masih dalam penjagaan ICU! Saya menulis sebagai rawatan pada hati dengan harapan tulisan ini boleh membawa kepada pembersihan hati menuju Allah ,mudah-mudahan..


Tidak semua kes yang mampu untuk saya coretkan di sini, hanya sebilangan sahaja yang mampu saya catatkan untuk renungan bersama.



Pengalaman pertama yang mendebarkan..


"Ya Allah, ampunkanlah orang yang masih hidup, yang telah mati, yang ada, yang tiada dan yang masih kecil yang telah dewasa, lelaki kami dan wanita kami.Sesungguhnya Engkau mengetahui tempat kembali dan tempat menetap kami.Ya Allah, orang yang Engkau hidupkan di kalangan kami, maka hidupkanlah dia di dalam Islam.Dan orang yang telah Engkau matikan di kalangan kami, maka matikanlah dia dalam keimanan."


Saya satu-satunya petugas wanita yang terlibat melakukan post mortem untuk minggu ni. Pertama kali saya terlibat dalam sesi post mortem agak menakutkan.Perkara pertama kami buat adalah mengeluarkan mayat dari kompartmen.Agak mengerunkan, apatah lagi membayangkan keadaan kain putih yang membungkusi mayat adalah kes bunuh diri,'Ketakutan' saya dapat dicam oleh Dr Muru. Bayangkan,saya turut bersama membuka plastik hitam dan menarik mayat ke atas tempat pembedahan post mortem.

Pertama kali, saya takut melihat keadaan mayat dengan mata terbeliak dengan kain cadar tergantung di leher sebagai bayangan mayat membunuh diri dengan mengantungkan dirinya...

Keadaan mayat kaku, keras dan sejuk(= Rigor mortis-istilah yang digunakan dalam bidang forensik.)Tiada gerakan, tiada suara.Hanya jasad yang kaku..

Saat pisau membelah membelah mayat, hanya Allah yang tahu perasaan saya.Saya kuatkan diri untuk melalui semua proses sehinggalah habis menjahit mayat. Melihat saat organ-organ dikeluarkan dan diperiksa, saya terpegun dan terkedu. Tidak dapat digambarkan keadaannya bagaimana..


Kes Kedua-Ingatlah, mati itu datang tiba-tiba!

"Ya Allah ampunkanlah dia, kasihanilah dia, sihatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakan tempat tinggalnya, luaskan tempat masuknya, mandikan dia dengan air, salju dan air dingin.Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran.Gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarga yang lebih baik dari keluarganya dan suami/isteri yang lebih baik dari suami/isterinya.Masukkan dia ke dalam syurga.Lindungi dia dari azab kubur dan siksa neraka.Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.Dan, lindungilah kami dari siksa neraka."

Awal-awal pagi hari ketiga, suasana sedih menyelubungi suasana di perkarangan jabatan forensik..ahli-ahli keluarga yang berwajah sedih dengan linanngan mata yang berair. Suasana sayu menyelubungi.Rupa-rupanya Dr Muru baru sahaja selesai kes lemas kanak-kanak lelaki baru berusia 4 tahun!

Saya turut bersimpati pada ahli keluarga terutama pada ibunya.Kanak-kanak tersebut merupakan anak tunggal setelah 4 kali keguguran..

Petangnya, post mortem ke atas seorang bayi perempuan, yang sempurna sifat-mati sewaktu lahir. Keadaan bayi sangat comel dan bersih, terasa sungguh tidak sampai hati untuk melakukan post mortem ke atasnya.Tetapi, itulah hakikatnya..


Hari keempat saya, saya masih menerima "mayat di luar jangka"-kes mati mengejut untuk remaja perempuan berusia 18 tahun! Kes forensik yang paling sukar untuk dikenalpasti punca kejadian adalah kes sudden death-mati mengejut yang tidak diketahui punca kematian.Selalunya dalam kes-kes seperti kemalangan, punca kematian dapat dikenalpasti terus dari semasa proses post mortem dijalankan. Dalam kes kematian mengejut, banyak bergantung kepada sample-sample dari mayat yang dihantar untuk analisis ujian-ujian tertentu.

Pagi ini saya masih menerima satu kes kematian mengejut-yang melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun!


Berapa ramai anak-anak muda

yang sedang bermain pagi dan petang

sedangkan kain-kain kafannya sah mula dikoyakkan orang

tapi,dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir

menjdai orang hebat

tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis yang dihias indah

pada malam pengantinnya

rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang

untuk menguruskan jenazahnya.

-syair Arab

Hakikatnya, ingatlah; mati itu datang tiba-tiba!


Pengajaran berguna..

Apabila melihatkan organ-organ dalam tubuh manusia, Maha Suci Allah dan Bijaksananya Dia mengatur sedemikian rupa.Tiada cacat dan berkurang.Syukurnya atas nikmat pemberian tak terhingga. Terasa diri tidak mempunyai apa-apa pun. Semuanya akan dikembalikan semula..siapalah manusia ini, hambaNYA yang tidak memiliki suatu apapun,segalanya hakikatnya pinjaman Tuhan yang Maha Menciptakan..

"Mati hanyalah suatu proses bila jiwa(roh meninggalkan) jasad.Tapi, roh itulah hakikatmya manusia.Kembara kita tidak akan berhenti akibat kehancuran jasad.Jasadnya pulang ke tempat asal(tanah), manakala rohnya kembali ke rahmatullah"-jaddal attif, solusi isu 8-

Inillah kesimpulan yang saya dapat semasa saya melakukan post mortem.Hakikatnya, roh itu adalah manusia.Apabila mati, hanya jasad yang kaku dan keras tidak bernyawa yang tinggal.Rohnya tadi telah kembali menemui Tuhanya dan meneruskan kembara kehidupan seterusnya di alam yang lain..Jasad tadi, walau dicincang hingga lumat tetap tinggal jasad yang tiada ertinya lagi dan kepada tanahlah tempat ia dikembalikan..Apalah yang ada pada kecantikan wajah,paras rupa dan rupa bentuk yang menawan kerana ketika itu ianya tidak berguna lagi; tiada siapa tertawan, tiada siapa pun peduli!

Apa yang saya faham tentang mati?

"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya."-H.R Bukhari dan Muslim

Mati itu suatu proses yang mesti dilalui oleh setiap insan untuk menuju kepada PERMULAAN KEHIDUPAN yang baru, daripada kehidupan yang fana kepada kehidupan yang kekal selama-lamanya. Mati hakikatnya adalah sebuah kehidupan. Hakikatnya, tujuan hidup itu adalah untuk mati dan mati itu juga adalah tujuan hidup.Mati itu juga bererti membawa kepada suatu KEPULANGAN. Samada kepulangan yang dinanti oleh penduduk langit dan bumi atau suatu kepulangan yang hina dan dibenci oleh sekalian makhluk.Yang mana satu?

Paling penting, mati adalah untuk menemui Tuhan, iaitu Allah.

Sudikah Allah untuk bertemu dengan kita?

Semoga mati dengan penuh kemenangan bertemu denganNYA.

Menang yang bagaimana?

Menang dengan menjadikan ALLAH itu TUHAN yang satu, tiada selainnya..Menang dengan mememenangkan Allah atas segala sesuatu,menang melawan setiap bisikan nafsu dan syaitan yang membawa perkara yang sekecil-kecil maksiat apatah kepada perkara keji dan mungkar,menang dengan menjadikan Allah paling dicintai, tiada selainNya, menang kerana mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan membenci sesuatu keranaNYA..segala-galanya kerana Allah! Menang dan menang demi mengesakan Allah, untuk Allah dan Allah, Allah, Allah terutama di saat sakaratul maut datang menjemput..

Hakikatnya, hanya Engkau ya Allah...

Terasa diri ini terlalu jauh dengannya, masih banyak yang perlu diperbaiki sedangkan masa itu semakin hampir...


Ya Allah,menangkanlah kami, jadikan kami jiwa dan roh yang tenang sekembalinya kami ke sisimu dan letakkanlah kami dalam redhaMU dalam menerima kepulangan kami..





4 comments:

  1. Innallaha Wani`eq mal Waqiel.. Sesungguhnya Allah menjadi wakil..

    Jangan takut kak. Dia hanya mkhluk seperti kita. cumanya telah dipulangkan nyawa kePemilik Yang Esa.

    Ingin juga saya kongsikan pengalaman mandi jenazah pertama kali dalam jalur hidup saya buat tatapan.. cumanya saya kena berfikir banyak kali anggar pembaca tidak salah tanggap atau terima. berlainan dengan profesyen akak.

    Apa pun, saya doakan akak tabah dan hilangkan perasaan takut akak tu, yang utama lillahi ta`ala..

    Insya`allah jika perlukan pandangan mengenai itu, saya sudi berkongsi bersama akak..

    ReplyDelete
  2. hee.jazakillah
    ana ni sejak jadi houseman jenis penakut sikit.he2..tak tahu dari mana..maybe sebab selalu duk sorang2 kat umah sewa time hujung minggu(my haousemate is a dentist, working office hours only) jadi selalu suspicious je dengan keadaan sekeliling..anyway, tu tak abis cerita lagi tau..i won't tell in detail dear, just an introduction untuk apa yang akak ingin sampaikan...i-Allah, i'm looking forward for it esp bab nak mandi jenazah,if diorang panggil tolong ajak akak sekali ye, i want to learn doing it with u

    ReplyDelete
  3. subhanallah, saya suka sangat entri ni..
    terima kasih ^_^

    ReplyDelete