Monday, May 11, 2009

Jadilah insan yang rendah diri walau dirimu DI ATAS



Salam perjuangan hidup untuk diriku dan dirimu,

Hari ini, seperti suatu kebiasaan pula, saya sampai rumah dalam jam 8 malam.

menyiapkan discharge summaries, venofix, blood taking, pm round bla bla...saya suka ke klinik berbanding bekerja wad, tapi memandangkan kerja-kerja wad masih banyak yang menanti membuatkan hati berat sekali untuk turun ke klinik...selesai kerja-kerja di klinik MOPD( Medical Outpatient Department), pesakit-pesakit di wad menanti saya...alhamdulillah MO(medical officer) saya Dr Oon(honestly, i admired her!) never put me underground, she's very humble and nice. Saya kagum dengan sifat dia yang rendah diri.Jujurnya, saya merasa sayang pada Dr Oon..


Sesuatu yang membuatkan seorang doktor itu dikagumi dan dihormati hanya satu-BERSIFAT RENDAH DIRI.Ini yang saya perhatikan sepanjang saya bekerja..


Bagaimana ya..nampak macam senang, tapi percayalah..sukar untuk menzahirkan sifat itu melainkan ianya datang dari hati nurani yang ikhlas, kerana saya sendiri berusaha untuk mendapatkannya!


SIFAT RENDAH DIRI yang bagaimana?


Saya bawakan contoh pemerhatian saya..


Semasa saya sedang pm round,seorang pesakit kami terbuang air kecil dan air besar di atas katil-seorang makcik tua. Dr Oon ambil baju dan kain baru untuk pesakit ini salin...sedangkan itu kerja siapa?-attendan@PPK(pembantu perawat kesihatan)


Semasa kami round pagi- Dr Oon ambil bekas kahak dan labelkan untuk pesakit dan terus hantar di tempat ppk kami selalu ambil spesimen.Sedangkan itu kerja siapa-staffnurse


Pagi itu saya sibuk selepas round pagi, saya sibuk dengan blood taking, disharges dan sebagainya; Dr Oon telah set 2 venofix untuk saya. Sedangkan itu kerja siapa-houseman(sayalah!)


Kisah di bilik bedah suatu masa dahulu..

Lantai di bilik bedah biasanya PPK akan mop dulu sebelum pembedahan bermula.Seperti biasa, susah untuk mendapatkan PPK on time pada saat-saat yang memerlukan.PAKAR saya, Dr Goh tanpa segan silu yang ambil mop dan lap lantai bilik bedah sendiri! Staffnurse saya pernah menceritakan Dr. Goh sejak dari houseman sampailah ke specialist, dia sendiri yang cuci delivery set selepas conduct baby kat labour room..BAGAIMANA DENGAN KITA?



Diriku dan dirimu,

Berusahalah kita melakukan kerja dengan IKHLAS TANPA BERKIRA.Sebagai pemimpin, seharusnya kita memberikan CONTOH TERBAIK untuk orang di bawahan kita- moga ianya menjadi IKUTAN dan TELADAN bagi yang dipimpin....


2 comments:

  1. salam ziarah..:)


    blog yg bagus dan cerita yg menarik..


    teruskan menulis..

    ReplyDelete
  2. Bagus ukht ketengahkan mengenai yang ini. Memang ramai insan-insan yang abaikan konsep ini. Hanya menanti orang yang kerjanya itu sahaja yang lakukan.

    Ukht..ana dah linkkan blog ukht kat blog ana.. So setiap kali ukht update..ana dapat baca.

    Syukran sangat-sangat..Hope ramai yang sedar seperti apa yang akak ketengahkan ni.

    Uhibbuki fillah..

    Salam perjuangan ukht..Medan dakwah ukht lagi hebat..siapa tahu ukht boleh berikan tarbiyah yang terbaik kepada mereka yang non Islam itu..

    Selamat berjuang ukht.

    ReplyDelete