Friday, May 29, 2009

membeku sebentar




salam.


lama sudah tidak menulis..terasa seperti banyak yang ingin dkongsi..tapi saya masa selalu tidak mengizinkan.Hari ni saya oncall lagi...


minggu ni tidak dapat menulis tentang apa-apa..


terasa ingin menulis tentang kematian, tapi masa dan juga hati tidak mengizinkan.


terpaksa membeku seketika.


mungkin perlu khatam dulu buku "ANDA PASTI MATI" yang saya baru beli di pesta buku n9 malam tadi-menarik, tapi masih tidak sempat mebaca sepenuhnya..i-Allah berusaha untuk habiskan dalam minggu depan.


I-allah mungkin minggu depan dapat berkongsi sedikit tentang kursus di jabatan forensic yang akan saya jalani selama seminggu..

semoga Allah memudahkan urusan oncall saya pada hari ini-Ameen


(wad sekarang sudah penuh-harap-harap saya tidak sampai extension bed sampai pagi esok-hopefully)

Friday, May 22, 2009

tuluskah hati?


"Dr, kerja pun ibadah juga;kalau kita tulus, kita hampir .."

Kata-kata Ustaz Mus yang buat saya terdiam seketika.Perbualan terhenti di situ. Segan untuk bertanya lagi.(Sangat segan!).Jika tidak kerana 'desakan' dan galakan dari guru mengaji saya tidak mungkin saya akan hubungi Ustaz Mus-seorang alim yang sangat disegani..


Dalam kesempatan saya bertanyakan pendapat beliau mengenai sesuatu perkara, saya meluahkan rasa yang sangat saya pendam sejak berbulan ini..-saya merasa sangat jauh dariNYA!


Sejak bulan lepas, setiap 3 hari saya akan oncall dan hampir tiap-tiap hujung minggu saya oncall sampai ada ketikanya saya tertidur di depan SETIAP pesakit yang saya rawat!



Sejak berada di medical posting kehidupan harian saya agak haru biru apatah lagi ada ketikanya akan diuji dengan perkara-perkara yang tak terjangkau oleh fikiran. Ada ketikanya saya merasakan saya tidak punya hati dan perasaan lagi-saya TIDAK SEMPAT untuk melayan perasaan sendiri.Setiap berita yang menyedihkan (yang saya rasa saya patut sedih) semuanya menyapa dan pergi bagai angin.


Jujurnya, masa solat saya hanya fardhu yang lima-waktu sampainya maghrib dan subuh ketika oncall adalah saat yang kritikal bagi saya..selalu berdoa moga urusan solat ketika itu dipermudahkan terutama ketika maghrib-mo saya majoriti 95% non muslim akan datang round pada waktu-waktu kritikal begini(belum ditambah pesakit-pesakit yang baru datang).


Bacaan al-Quran saya hanya ketika saya mengaji di depan guru mengaji saya.Mengulang bacaan selalunya curi-curi ketika sebelum masuk Subuh atau 10-15 minit sebelum saya bertolak ke rumah guru mengaji saya..


Dan terlalu lama saya tidak berpuasa dan menunaikan solat-solat sunat apatah lagi mengunjungi masjid-TERLALU LAMA.


Semua ini menyebabkan saya merasa jauh seketika,umpama telefon bimbit yang sedang kehabisan bateri.


Saya merasa saya terlalu letih sehingga saya membuat keputusan ber'uzlah' ketika dari sahabat-sahabat dan aktiviti khidmat kesihatan dan kebajikan.

Sungguh, saya merasa rindu untuk bersamaNya.
Guru mengaji saya selalu mengingatkan perkara yang sama-kerja adalah ibadah dan turut mengajar beberapa zikir yang boleh diamalkan-entah mengapa saya masih merasa jauh...terasa ada sesuatu yang kosong dalam diri.


Entahlah.

Mungkin benar, hati saya masih belum lagi benar-benar tulus lagi dalam ibadah ini.


"..Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan TuhanNya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya"-al-kahfi ayat 110-
































terima kasih kerana turut sama berkongsi..


komen dari sahabat2 ana through e-mail-nice to share with=) thanks..esp for aya, i like ur 'tazkirah'




Bila dah terlampau penat, patient masih ramai, kawan2 H.O curi tulang... Ingatlah Allah hati pasti menjadi tenang.... Menangislah semahunya dihadapan Allah. Setitis air mata memadam api neraka yang bkal membakar disana, melembut jiwa, melegakan minda.

Hmmm...pesanan dari UBM swasta...(ana lah tuh) Isterilah penyokong kita. Suami pengubat jiwa.

Khairul Afnan Khalid -Timor Leste
...............................................


Alhamdulillah. .hamdan wassyukru lillah. Better late than never sahabtku.Gembira melihat hati-hati senior dan junior masih terpaut walau kita semuanya berjauhan.Kuasa dari Allah yang menyambungkannya.Allah yang menciptakan sel,maka Dia jugalah yang menciptakan sejenis makhluk bernama brain.Uniknya makhluk ini,ia mampu untuk menafsir benda secara berbeza dan menerima input yang berbagai-bagai pula.Namun bagi mereka yang dikurniakan ni'mat islam,input- input yang berbeza ini mampu disatukan untuk hanya satu tujuan,ALLAH.

Ditentukan untuk dilahirkan sebagai seorang doktor bukanlah suatu yang memberi penyesalan.Ia sebaliknya penyebab kepada bertemunya sebuah hidayah.Kalau kita tidak susah,adakah tentu kita akan mencari Allah?Hidup kita yang sementara dan sekejap ini, walau apa pun identiti yang ditaqdirkan, semuanya adalah baik.Kita mungkin melihat payahnya seornag doktor untuk mengorbankan masa bekerja seharian suntuk melebihi 24 jam,menderitanya jiwa kerana dimarahi, letihnya fikiran dan jasad.namun pernahkah kita meletakkan diri di tempat orang lain yang kerjanya jauh lagi sukar?

Seorang doktor, sekurang-kurangnya letihnya dia di bawah air-cond.Penatnya dia hanyalah banyak berjalan.Tapi gaji masuk beribu-ribu. ..Bagimana pula seorang buruh yang bekerja di bawah terik mentari?Seorang doktor hanya memegang jarum,stetoskop kertas dan pen.Seorang buruh memegang gergaji, paku, batu bata yang berat dan segala mesin jentera.kalau seorang doktor menggunakan tenaga untuk mengambil darah diibaratkan nilainya 1/10, maka seorang buruh yang mengangkat batu bata terpaksa menggunakan tenaga mungkin 4/10 atau lebih dari itu..itu baru batu bata.Namun berapa sangat wang saku yang mampu diperolehnya? tidak sampai seribu... kenapa perlunya analogi sebegini?

supaya kita sebagai hamba , tidak mudah berasa kecewa bila ditimpa kesukaran dan sebaliknya bersyukur kerana tidak diuji dengan mehnah yang jauh lagi besar.Supaya manusia itu tahu bahawa Allah itu telah pun menentukan ukuran tahap ujian yang diberikan dan tidak akan sama sekali ditimpakan sesuatu yang di luar kemampuan seorang yang bergelar manusia. dan supaya adik-adik nanti dan kita semua tidak menyesal ditaqdirkan Allah menjadi seorang manusia yang bernama doktor ! Selamat berjuang , dan teruslah positif bersama Allah.

aya abdullah -HKB
...............................................


assalamualaikum. rasa2nya ni kali kedua atau ketiga ana menulis dlm TU. maaf tuan moderator!ana lah antara ahli lelap selama ini. ana tertarik dgn topik yg ukht mcdah utarakan ni.(apa khabar nti di sana?). pengalaman Ho kita mungkin berbeza atas faktor lokaliti etc. tapi apa yg menyamakan kita??KEIHKLASAN kita, AMANAH kita dan AMAL kita yang kita yakini semata2 keranaNYA. kitalah insan2 yg TERpilih untuk melalui jalan ini.bukan kerana kita mulia, tapi sebagai UJIAN untuk dibuktikan siapa yang AHSANUL AMALA.

Secara jujurnya, ana lebih menyukai alam HO lebih dari alam belajar. tak tahu kenapa. bila penat, kita belajar untuk BERSABAR, bila sibuk, kita begitu menghargai waktu2 senggang, bila kena marah, kita belajar untuk MEMPERBAIKI DIRI. Yang penting, kita jaga ALLAH, mudaha2n ALLAH terus pelihara kita. Jangan takut, jangan sedih, jangan kecewa, kerana kamu yakin kamulah insan2 yang diangkat darjatnya andai KAMU INSAN BERTAQWA. Jalani hidup seperti biasa, tempuhi ujian dengan penuh tawakal padaNYA..itulah kemanisan seorang HO biasa....... .

Tak dapat tidak, ana kena berterus terang jugak. bagi ana, sebagai MUSLIMAT, alam pekerjaan ini tinggi risikonya untuk TERfutur(nauzubilla h)...suasana pekerjaan, duit yang tak habis2, kebebasan, benar2 mencabar keteguhan hati seorang muslimat biasa. Justeru, ana menyeru pada diri sendiri dan sahabt2 muslimat di sana, selesaikanlah urusan UBM ntum cepat2.moga2 hidup ini lebih terarah bila ada yang membimbing.Jangan biarkan hidup terus terumbang ambing dalam arus fatamorgana dunia....kerana kita MUSLIMAt DAKWAH..jangan suasana mengubah kita, tapi UBAHLAH suasana itu

hafizah yusof/jah- HKB
.................................................

Sunday, May 17, 2009

nasihat untuk adik-adikku..selamat menempuh dunia housemanship-best ke jadi doktor?

salam perjuangan..

Sudah lama saya ingin menyampaikan sedikit nasihat dan pesanan pada adik-adik junior..sampai adik-adik dah abis exam...tak tersampai-sampai juga..harap-harap masih bekesempatan..

sesungguhnya saya tidak layak lagi nak bagi nasihat tentang housemanship..sebab saya sendiri still in internship -i-Allah will be one year this july. Still has another 1 year to go...Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini lebih kepada persediaan ke arah housemanship itu sendiri..

Macam mana ya nak memulakan..

Jujurnya, housemnaship is not fun. Houseman-most of 90% your life will be in the hospital..Saya rasa kehidupan semasa belajar dulu sahaja sudah cukup membayangkan azabnya untuk meneruskan perjalanan yang ibarat no turning back; by hook or by crook you must go on with it(isn't guys?)


Saya yakin semua yang 'terperangkap' dalam bidang ini pasti akan bertanya bertanya pada diri ,"kenapalah aku jadi doktor.."Bila oncall yang teruk..pasti terdetik," itulah, siapa suruh jadi doktor?"


Inilah hakikatnya..Tidak pernah tidak yang tidak pernah berkata begini, termasuklah diri saya sendiri, dari alam belajar dan jadi bertambah-tambah lah ketika memasuki alam pekerjaan.Kata-kata yang bukan pelik untuk diucapkan.Saya yakin, jika ada peluang menimbangkannya semula atau diberi pilihan kerjaya yang lain, pasti terfikir untuk menimbangkannya semula.

Tapi saya teringat kata-kata ukhti hafizah ketika kami sama-sama menjalani BTN dulu; satu kata-kata yang saya masih pegang hingga ke hari ini..iaitu "Allah telah memilih kita di jalan ini dan memudahkan laluan yang akhirnya kita berjaya menjadi seperti mana hari ini;jadi bersyukur lah.."

Jujurnya, setelah lama melalui laluan kehidupan ini, saya yakin bahawa Allah memang benar-benar meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak kira apa pun pekerjaan kita, itulah yang terbaik untuk diri. Samada sebagai seorang doktor, cikgu, usahawan dan sebagainya; itulah yang terbaik dan mampu kita lakukan, pasti ada sesuatu yang kita boleh lakukan dengan kerjaya yang kita miliki. Setiap bidang ada cabaran dan dugaan tersendiri, adalah masalah yang perlu dihadapi.Yang pasti, Allah tidak akan uji dengan sesuatu yang kita tidak mampu..

Untuk adik-adikku..

apa ya nasihat yang boleh kakak yang tak seberapa ini boleh sampaikan..

Buat permulaan...
Dari segi rohani-perbaikilah NIAT kerana Allah agar IKHLAS bekerja keranaNya. Percayalah, keikhlasanmu akan SENTIASA DIUJI bila kalian sudah mula bekerja kelak.JAdi, banyaklah muhasabah dan BERSIHKAN hati kerana hanya hati yang bersih mampu melahirkan niat yang bersih juga...

Saya cadangkan adik-adik membaca buku " Dari Beirut ke Jurusalem"-Dr. Ang Swee Chai
Buku ini saya beli setelah dicadangkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Aziz Nik Mat semasa kursus dengan beliau dulu. Saya mula membacanya ketika kursus induksi di Terengganu.Berkat membaca, segala kegerunan tentang housemanship tidak terfikir langsung-apa yang dialami oleh rakyat Palestin dan tragedi Shabra dan Shatila dan kekurangan di hospital-hospital yang ada di sana apalah nak dibandingkan dengan Malaysia. Alhamdulillah selepas membaca buku ini juga kefahaman tentang bumi Palestin dan kekejaman Israel menjadi kuat dan saya mampu untuk menahan diri dari membeli barang-barang runcit di TESCO yang hanya 5minit dari rumah( Jimat juga sebab saya hanya membeli apa yang ada sahaja di kedai runcit sebab tidak banyak pilihan)*buku saya ini juga saya hadiahkan pada Dr Oon baru-baru ini=)

Seperkara lagi,

Ilmu yang sangat-sangat penting yang mana kebanyakan kita kurang ambil tahu dan abaikan adalah ilmu mengurus kewangan-SANGAT-SANGAT PENTING!Inilah kesimpulan yang saya dapat dari setiap kuliah tafsir, kuliah subuh dan kuliah maghrib yang Tok Guru Nik Aziz sampaikan-penjagaan QALBU dan PERUT-pentingnya harta yang halal dan diberkati, segala yang menjadikan amalan dan keberkatan datangnya dari QALBU dan PERUT.Perkara yang tidak boleh sambil lewa terutama yang melibatkan hutang.Kena hitung betul-betul.Hal ini termasuk macam mana kita nak uruskan setiap gaji bulanan, takaful(TERUS CARI BULAN PERTAMA MASUK KERJA!), zakat dari gaji (TERUS APPLY KAT BAHAGIAN AKAUN)dan jangan lupa pasal penulisan wasiat-ada agensi dan bank islam juga uruskan tentang hal ini. Selain itu macam mana dengan simpanan-untuk tunaikan haji/umrah juga infaq.

Saya cadangkan buku-buku ini untuk adik-adik:
-Hidup tenang tanpa hutang
-Rancang Wang Anda
-Ke Mana Wang Anda

Dan ada satu lagi buku tentang DINAR EMAS dan PERAK-buku ini memberi kefahaman tentang sistem kewangan yang ada adalah rancangan musuh ISLAM dan macam mana musuh-mussuh boleh menguasai ekonomi dunia.Islam tidak pernah mengikhtiraf sistem kewangan kertas yang ada sekarang ni-jadi adik-adik faham dan tahu ke mana wang adik-adik terbaik untuk di laburkan nanti.

Selain itu, persediaan dari segi fizikal.Try to make urself fit and healthy.Banyakkan bersenam dan berjogging sepanjang cuti ni..

Cukup setakat ini dulu, saya oncall esok. Doakan ianya dipermudahkan Allah.Moga Allah melindungi saya nanti-ameen.Jika panjang nyawa dan ada rezeki, i-Allah saya sambung lagi.

Wassalam.



Saturday, May 16, 2009

kenapa saya jadi doktor?-selamat hari guru!


Kenapa saya jadi doktor?

Bagaimana ya saya boleh memilih bidang ini sedangkan dulu saya tidak pernah bercita-cita apatah sebab saya tidak suka mata pelajaran alam manusia(masa darjah 6 zaman saya dulu)-saya rasa sains susah dan memeningkan...complicated dan complexs!


Saya lebih bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan..buka bisnes dan memiliki pelbagai cawangan kedai..ataupun menjadi pakar dalam bidang multimedia dan teknologi..ataupun seorang peguam yang berjaya...


Saya selalu dapat markah yang cukup-cukup makan dalam alam manusia..selalu yang paling rendah antara banyak-banyak subjek..


Saya tidak pernah becita-cita untuk menjadi seorang doktor sehinggalah saya berada di alam matrikulasi.


Jujurnya, saya mengambil bidang ini kerana sangat-sangat meminati bidang biologi yang mulanya saya rasa sangat susah dan benci selain ingin merantau ke tempat-tempat seperti Afrika, Afganistan, Palestin untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan..kerana saya nampak sumbangan bidang perubatan yang besar kepada dunia sejagat.


Sejak di MRSM, saya tidak suka belajar dari buku..buku tidak dapat memberi kefahaman pada saya sehingalah saya bertanya dulu pada guru berkenaan sesuatu subjek.


Tabiat suka bertanya ini tumbuh bila hadirnya seorang guru di sekolah saya-Cikgu Zaifuddin -Dia banyak mengajar saya tentang erti hidup..selalu mengaitkan pelajaran yang di ajar secara metafizik..minat saya mula tumbuh bila Cikgu Zaifuddin membuka topik Hiroshima semasa saya mual tension tidak dapat memahami tajuk Atom dan Molekul sedangkan 2,3 hari lagi exam sudah tiba. Cikgu tidak mejawab soalan saya secara langsung tapi bercerita tentang Hiroshima dalam kelas..saya ingat lagi, saya menangis dengan cerita Cikgu Zaifudin.Sejak itu, minat saya mula tumbuh dan saya tidak lagi belajar untuk lulus exam tapi sebaliknya untuk TAHU.

Alhamdulillah, keputusan saya semakin lama semakin baik..dari cukup-cukup makan sehinggalah konsisten 90% ke atas untuk ujian berkaitan sains.


Di matriks, entah kenapa saya mula rasa biologi susah dan hampir give up sehinggalah saya berjumpa cikgu biologi saya, Cikgu Zuraidah..apa yang saya nampak payah dan menensionkan jadi menarik selepas berjumpa dengan cikgu saya ni..entah kenapa, setiap hari sebelum dan selepas kelas saya akan mengulangkaji dan membuat nota biologi sehingga bilik tidur, almari loker dan pintu bilik penuh dengan tampalan nota biologi saya!

Alhamdulillah pelajaran biologi saya menampakkan peningkatan , dari 60% meningkat mendadak ke 94%-alhamdulillah saya mendapat markah yang tertinggi di kalangan pelajar matrikulasi ketika itu.


Saya meminati bidang biologi kerana saya dapat mengenali tentang fisiologi dan kejadian manusoia itu sendiri, secara tidak langsung saya mengenali diri saya sendiri dan kagum dengan penciptaNYA!


Jadi, saya tidak mahu segalanya berakhir di situ-jadi saya memilih bidang perubatan untuk meneruskan 'pengembaraan saya' mengenal manusia dan diri..dan alhamdulillah saya berjaya.


Moral of the story, tanpa guru siapalah saya.Tanpa sokongan mereka tidak mungkin saya berjaya mencapai cita-cita saya.


Terima kasih cikgui-cikguku. Semoga ALLAH merahmati kalian-amen Ya Rabb.


SELAMAT HARI GURU.










Monday, May 11, 2009

Jadilah insan yang rendah diri walau dirimu DI ATAS



Salam perjuangan hidup untuk diriku dan dirimu,

Hari ini, seperti suatu kebiasaan pula, saya sampai rumah dalam jam 8 malam.

menyiapkan discharge summaries, venofix, blood taking, pm round bla bla...saya suka ke klinik berbanding bekerja wad, tapi memandangkan kerja-kerja wad masih banyak yang menanti membuatkan hati berat sekali untuk turun ke klinik...selesai kerja-kerja di klinik MOPD( Medical Outpatient Department), pesakit-pesakit di wad menanti saya...alhamdulillah MO(medical officer) saya Dr Oon(honestly, i admired her!) never put me underground, she's very humble and nice. Saya kagum dengan sifat dia yang rendah diri.Jujurnya, saya merasa sayang pada Dr Oon..


Sesuatu yang membuatkan seorang doktor itu dikagumi dan dihormati hanya satu-BERSIFAT RENDAH DIRI.Ini yang saya perhatikan sepanjang saya bekerja..


Bagaimana ya..nampak macam senang, tapi percayalah..sukar untuk menzahirkan sifat itu melainkan ianya datang dari hati nurani yang ikhlas, kerana saya sendiri berusaha untuk mendapatkannya!


SIFAT RENDAH DIRI yang bagaimana?


Saya bawakan contoh pemerhatian saya..


Semasa saya sedang pm round,seorang pesakit kami terbuang air kecil dan air besar di atas katil-seorang makcik tua. Dr Oon ambil baju dan kain baru untuk pesakit ini salin...sedangkan itu kerja siapa?-attendan@PPK(pembantu perawat kesihatan)


Semasa kami round pagi- Dr Oon ambil bekas kahak dan labelkan untuk pesakit dan terus hantar di tempat ppk kami selalu ambil spesimen.Sedangkan itu kerja siapa-staffnurse


Pagi itu saya sibuk selepas round pagi, saya sibuk dengan blood taking, disharges dan sebagainya; Dr Oon telah set 2 venofix untuk saya. Sedangkan itu kerja siapa-houseman(sayalah!)


Kisah di bilik bedah suatu masa dahulu..

Lantai di bilik bedah biasanya PPK akan mop dulu sebelum pembedahan bermula.Seperti biasa, susah untuk mendapatkan PPK on time pada saat-saat yang memerlukan.PAKAR saya, Dr Goh tanpa segan silu yang ambil mop dan lap lantai bilik bedah sendiri! Staffnurse saya pernah menceritakan Dr. Goh sejak dari houseman sampailah ke specialist, dia sendiri yang cuci delivery set selepas conduct baby kat labour room..BAGAIMANA DENGAN KITA?



Diriku dan dirimu,

Berusahalah kita melakukan kerja dengan IKHLAS TANPA BERKIRA.Sebagai pemimpin, seharusnya kita memberikan CONTOH TERBAIK untuk orang di bawahan kita- moga ianya menjadi IKUTAN dan TELADAN bagi yang dipimpin....


Sunday, May 10, 2009

adik-adikku..selamat berjuang!

salam perjuangan..

catatan kali ini saya tujukan khas buat adik-adik junior saya yang berjaya 'keluar' dari medical school ke alam pekerjaan..yang membezakan cuma dengan gelaran Dr di depan.

Tahniah dan takziah adik-adikku!

Tahniah..
kerana kau telah berjaya membanggakan kedua ibu bapamu...seluruh ahli keluarga mu menantikan saat ini..

Tahniah juga kerana kau telah berjaya 'mengakhirkan' segala susah payah dan jerih peritmu dengan segala kesusahan sebelum ini..bersengkang mata, berendam air mata..ah, terlalu banyak cabaran dan likunya untuk sampai ke peringkat ini..dan akhirnya, puncak telah kau daki dan kini..segalanya sudah pun tamat ketika namamu diumumkan sebagai Dr di dalam dewan..

Takziah,
kerana pengakhiran itu menandakan permulaan sesuatu yang baru untukmu..
Permulaan hidup yang hidupmu yang hampir keseluruhannya untuk orang lain..
Permulaan hidup yang tidak pernah rehat..yang mana tak terbayang olehmu air mata itu boleh menangis hanya kerana kau TERLALU LETIH...
Permulaan hidup yang mana kau TIDAK SEMPAT MERASA PERASAAN HATIMU sendiri..

Takziah adikku,
Permulaan ini petanda AMANAH ALLAH buatmu..
Bukan amanah harta atau maruah,
Tapi NYAWA seseorang insan lain yang mungkin tidak bermakna bagimu,
tapi bermakna bagi orang lain..kerana insan itulah mungkin ayah, ibu atau anak kepada seseorang insan lain yang bergantung harap padanya..

Adikku dan diriku,
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu..
Jangan biarkan kesibukan itu melalaikanmu ..
BERJIHADLAH dalam mencari redha Allah dan Rasul.

Semoga kita semua mati dalam perjuangan agamaNYA.

Ameen Ya Rabb.

Saturday, May 9, 2009

i'm still renovating..


yes,
i'm still renovating this blog..
including my heart.

ibu..bidadari syurga, ayah pemilik hatiku..


salam perjuangan sahabat-sahabatku..

dah lama, terlalu lama saya ingin menulis tentang cerita ini..keadaaan masa dan kesibukan waktu sangat tidak mengizinkan. Moga Allah beri kemudahan bagi saya untuk saya terus istiqamah.

24.4.09- genap setahun raja hati saya meninggalkan saya. Lelaki yang paling saya cintai, satu-satunya lelaki yang berada dalam hati saya selama 26 tahun ini. Saya rindu akan ciumannya, pelukannya..yang dulu saya cukup segan dilayannya seperti seorang budak kecil.Rindunya pada insan ini hanya Allah yang tahu, insan yang membuatkan saya menghormati setiap insan yang bernama ayah. Dialah Nordin bin Jusoh, ayah yang telah membesarkan saya selama ini. Tanpa dia, saya tidak mampu untuk berada di sini apatah lagi bergelar seorang doktor kini..

24.4.09-lewat jam 7, dalam kesibukan meredah waktu-saya di sisinya kembali-pusara ayahanda di bawah pohon mangga yang redup.Saya menangis bersungguh-sungguh-seperti mana hari pertama ayah pergi dari dunia ini.Hati ini cukup sayu, jiwa ini hanya Allah yang tahu keadaannya,merelakan dalam redha dan sendu. Saya TERAMAT-AMAT rindu untuk memeluknya seperti dulu, terutama ketika ayah terbaring di katil hospital. Saya akan baring dan memeluknya, bermanja dengannya seolah-olah ingin ayah sihat dan memanjakan saya seperti selalu, ketika ayah sihat..

24.4.08-hari pertama saya exam -PROFESIONAL 3, exam terakhir yang menentukan saya sebagai doktor atau tidak. Petang itu, hujan renyai-renyai. Suasana di luar sangat mendung, memangil-manggil untuk tidur...setelah penat berjuang memerah otak pada hari pertama exam, yang mana CUKUP BANYAK MEHNAH DAN TRIBULASI yang telah saya lalui , telah banyak air mata ini mengalir kerananya..

petang itu..saya menerima panggilan dari kak nana-sepupu mak;

"mas, ayah tenat..doktor tengah selamatkan dia.."

"mas, ayah dah tak lama lagi ni ..bersiaplah untuk pulang.."

ketika itu saya tenang lagi, air mata ini mula mengalir..dalam usaha mencari tiket pulang...

"adik, ayah dah takda..."abang mat menangis dalam telefon..

saya menangis..hanya Allah yang tahu.

Ayah pergi selepas maghrib malam jumaat itu..

Sampai di rumah, saya masih tenang.

Melihat tubuh ayah kaku.

Tenang lagi.

Membaca yaasin dan surah-surah al-Quran.

Tenang lagi.

Saya pandang ayah puas-puas. Baring di sebelah ayah dan memeluknya seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Pelukan terakhir.Tapi, pelukan ini tak sama seperti mana ayah hidup dulu..Tubuhya kaku tak sehangat dulu...

Saat itu saya menangis dan menangis....kerana saya tahu saya tidak dapat memeluknya lagi!

Ayah,
mas rindu sangat.
rindu untuk memelukmu seperti selalu
rindu untuk mencium pipimu
rindu untuk mendengar bebelanmu
rindu untuk bermanja denganmu

ayah,
anakmu ini terlalu mencintaimu
terlalu sayang padamu
terlalu..

tiada ayah kedua dan ketiga
hanya kau satu-satunya dunia dan akhirat
bila kau pergi
hialng tak berganti
dan aku kini yatim tak berbapa

ketahuilah,
anakmu ini terlalu merinduimu..


Genap 2 minggu saya di wad geriatrik-wad khas untuk orang-orang tua. Tersenyum sendirian, mengingatkan seluar pakcik H ketika mila dan fizah(student nurse post basic) membantunya berjalan. Kami suka mengusiknya.Pakcik H macam budak-budak. Kadang-kadang buat-buat merajuk. Refused to talk. Buat-buat tutup mata. Kadang-kadang pura-pura tidur. Pakcik H malas dan kuat makan.Gaya dia membuatkan saya teringat pada arwah nenek. Rindu pada nenek.

Sepanjang saya bertugas, setiap kali melihat pesakit lelaki yang tua atau sebaya ayah, ingatan saya terus pada arwah ayah.Rindu untuk memeluk ayah datang lagi.Teringat saat saya baring di sisi ayah dan memeluknya setiap kali ayah terlantar di hospital.Rindu.

Saya agak terkilan dengan sebilangan anak-anak pesakit tua yang saya temui. Kebanyakan mereka tinggal sendirian. Begitu juga pakcik H.Paling kurang, orang gaji ada di sisi.Kebanyakan anak-anak suka ibu bapa mereka berada di hospital.Seolah-olah hospital adalah nursing home untuk mereka. Tak kurang yang membuat pelbagai alasan dan kerenah supaya ibu/ bapa mereka terus berada di hospital setiap kali pesakit dibolehkan untuk pulang..Pernah saya terlihat seorang anak memaksa ayah mereka makan guna mulut berbanding ryle's tube(tiub salur makan dari hidung)-supaya di rumah mereka tidak perlu menjaga ayah mereka; untuk memberi susu setiap 3 jam mll ryle's tube ini.Ah, sayunya hati melihat..

Minggu ini saya berhadapan dengan kisah yang sama..kisah anak-anak yang meninggalkan ibu di rumah dengan orang gaji. Pesanan anak pada orang gaji- kalu ada apa-apa masalah, call ambulans. Tinggallah si ibu yang cacat (sebelah kaki potong akibat kencing manis)dengan orang gaji..datang dengan ambulans, pulang dengan teksi.Anak-anak tidak pernah datang melawat walau paling jauh hanya tinggal di KL.

Makcik R, seorang pesakit yang saya jaga mempunyai 7 orang anak.Makcik R hanya mampu terbaring, kedua kakinya membengkak dan luka akibat kencing manis.Keadaan buah pinggang makcik R semakin merosot, kemungkinan memerlukan dialisis. Saya cuba hubungi anak-anak makcik R untuk berbincang tentang ini. Sukarnya, untung ada anak sulung. Hanya dia yang sanggup datang walau anak-anak paling jauh hanya di Kuala Pilah! Yang lain?

Makcik R tinggal keseorangan di hospital. Sepanjang saya merawatnya,tidak pernah melihat anak-anak datang melawat.Sejak semalam makcik R sedih.Tak sampai hati saya melihatnya.

" Makcik,anak makcik masa kecil-kecil dulu siapa yang jaga? "
-saya bertanya kerana mungkin anak -anak makcik R tidak tinggal bersama ibunya sebelum ini yang menyebabkan hubungan mereka tidak rapat.

" Anak-anak makcik, makciklah yang jaga dan besarkan diorang."

Sedihnya hati saya apatah lagi makcik R pesara kerajaan yang bekerja sebagai tukang sapu!

Allahuakhbar..

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?

Ketahuilah,
ibu bidadari syurgamu..
bila dia pergi...
kau tidak beribu..
tidak siapa dapat menggantikan ibumu,
kerana hanya akan ada SATU IBU dalam hidupmu.
Hargailah ibu.

Ya Allah,
jadikanlah aku anak yang solehah
yang sentiasa mengingati ibu dan ayahku dalam doaku
yang sentiasa bersama mereka
yang menghiburkan hati mereka
yang menyejukkan hati mereka

dan,
kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan solehah
yang menjadi penyejuk mata dan pandangan hatiku
yang menjadi bekalan untukku di akhirat kelak.

amin Ya Rabb.


selamat hari ibu.untuk renungan bersama


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata....memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu......mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..003)
Tolong buang sampah : RM1.004)
Tolong kemas bilik : RM2.005)
Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3..00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -
PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

Friday, May 1, 2009

ahlan wasalan;selamat datang

salam.
ini adalah blog kedua saya, setelah blog lama 'bersawang' dan atas ketidakmampuan saya rebrand semula blog lama, maka terhasillah blog kedua ini..terima kasih atriza, diatas dorongan dan galakan yang diberikan. Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan terutama tentang 'tazkirah-tazkirah berjalan' yang saya alami sepanjang di rumah sakit, tapi apakan daya kesibukan bertugas sangat mengigit diri..terasa teruja kembali setelah dikelilingi penulis-penulis buku dan blog semasa di pesta buku (KLIBF) tempoh hari..semoga Allah memberi kekuatan untuk istiqamah-Ameen.

p/s:saya baru 'pindah rumah baru', belum mengemas atau menyusun atau menghias apa-apa lagi..baru menjejakkan kaki di sini..masih dalam proses mengemas..