Friday, July 9, 2010

Istikarah penguat diri..





"Tidak akan menyesal seseorang yang beristikarah dan bermesyuarah"

Istikarah-sebuah 'pertanyaan'ku pada Allah; memohon petunjuk untuk HIDUP..

......................

Hospital Tampin.

Saat mengetahuinya hati rasa tidak gelisah, ada perasaan yang 'senang' di situ.Terasa ada sesuatu kebaikan disebaliknya.

Perancangannya, saya ingin menempatkan diri ke klinik kesihatan-setelah istikarah yang panjang..Antara 4;

1.Memohon untuk tinggal di Hospital Seremban dengan memohon ke Jabatan Patologi.
2.Menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda-'master' dalam program SLAB(Skim Latihan Bumiputera)sebagai pensyarah pelatih di universiti tempatan setelah tamat latihan 'housemanship'.
3.Berkhidmat ke kawasan daerah maksimum 2 tahun terutama ke klinik kesihatan dekat dengan kampung halaman sebelum menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.
4.Membuat permohonan ke Hospital Kuala Pilah untuk ke bidang kanak-kanak.


Paling ketara pilihan yang saya ada setelah beberapa kali 'saringan'; tinggal hanya 2 pilihan:pilihan no 2 dan 3: SLAB PROGRAMME atau DISTIRCT.


Sesuatu yang sukar sebenarnya,kerana kita memilih sesuatu yang menentukan sebahagian besar kepada kesan kehidupan akan datang.

Istikarah-suatu pilihan terbaik-sandaran yang saya yakini untuk tidak menyesal akan keputusan yang terhasil atas istikarah-kerana sandarannya pada sesuatu yang sangat kukuh dan Maha Besar;-DIA YANG MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MENGASIHANI..

..................

" Dr, kena ke Hospital Tampin juga; rayuan ke Klinik Kesihatan ditolak atas sebab perkhidmatan", jawapan yang saya terima pagi itu ketika bertandang ke Pejabat Kesihatan Daerah.

Jawapan berisiko besar termaktub juga..

Hati mudah menerimanya walau itu bukan seperti yang dirancang dan diharapkan..namun; tiada rasa resah atau gelisah.

Ada rasa tenang di situ.

Ibu mendoakan saya ketika menunaikan umrah di Makkah supaya rayuan saya untuk ditugaskan ke klinik kesihatan diterima; tetapi, Allah memberikan saya sebaliknya.

Ibu sayangkan saya, tetapi Allah Maha Menyayangi diri saya; lebih dari ibu yang melahirkan saya-pasti, pemberian Allahlah itulah yang terbaik.

Bukahkan begitu?

.......................

Saya yakin dengan keputusan Allah ini.

Pasti ada sesuatu hikmah yang tersembunyi disebalik sesuatu yang berlaku.

Saya sangat positif; bahawa Allah sedang merancang sesuatu yang tak terjangka buat diri saya-sesuatu yang sangat baik sekali;pastinya, Allah mahukan yang terbaik buat diri ini.Segala yang baik itu datangnya dari Allah; dan yang buruk itu pastinya atas kelemahan dan kelalaian diri sendiri jua.

Allahuakbar.

Ianya sungguh memberi motivasi pada diri, membuat diri ini berasa yakin walau penuh gementar tapi penuh dengan rasa tawakal yang amat padaNYA.

Sungguh, DIA tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

4 comments:

  1. semoga dpt menjalani ujian Allah=)

    ReplyDelete
  2. salam

    In The Name Of Allah.

    Setiap pemberian Allah itu kepada hamba-Nya, adalah yang terbaik buat makhluk-Nya. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Bijaksana.

    Kita hanyalah sebagai hamba-Nya yang kerdil malah terlalu dhaif. Kita tidak berupaya melawan takdir yang telah ditetapkan-Nya. Yakinlah dengan penuh, bahawa Allah SWT Maha Pengasih. Allah SWT Maha Penyayang. Kasih Allah lebih dekat dari kasih makhluk terhadap-Nya. WaAllahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,

    Salam kenal. Teruskan menulis...semoga diberi kekuatannya untuk menghadapi segala mehnah ini.

    ReplyDelete
  4. thanks a lot.insyaAllah..sama-sama diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan misi sebagai hambaNYA

    ReplyDelete